.....

04 Januari 2012

‎..:~ Siapakah Kita Menilai Peribadi Seseorang ~:..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



✰˚¸.•*" "*•.¸.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•¸.•*" "*•✰˚
Diri ini hanya ingin lebih baik bukan semestinya aku terbaik,
Diri ini bertudung labuh tidak semestinya aku seorang ustazah @ muallimah,
Diri ini jarang berhubung... bukan bermakna aku melupaimu,
Diri ini jauh denganmu bukan bermakna tidak mengingatimu,
Diri ini tidak sekali ingin bermusuhan apalagi mencari kesalahan.


Tetapi..

Diri ini melatih untuk mengikut peraturan ditetapkan Allah,
Diri ini belajar erti malu akan pandanganNya,
Diri ini berusaha untuk memperbaiki kepada kebaikan, 

Mengingatkan diri untuk takut dengan azab & balasan Rabbi,
Bimbang merenung kelemahan diri,
 

Daku tidak berharap kemulian, sedang sendiri punyai kelemahan, 

Fahamilah perubahan ini hanya mencari redha Ilahi,
Jangan nilai dengan perubahanku ini, kerana...aku hanya insan biasa
Tiada apa untuk dibandingi atau dikagumi melainkan saling melengkapi,
Mengertilah sahabat, fahmilah teman, sama-sama renungkan agar tidak ada tersalah faham.


Muhasabah diri, renungan hati, perbaiki peribadi sebelum meletakkan penilaian. 

-'-'-'-'-'-'Bantulah kehidupanku, peringatkanlah diriku, bimbinglah hatiku....segalanya hanya kepada Allah... Tuhanku sekelian alam.-'-'-'-'-'-'
✰˚.•.¸¸¸.♥ʚįɞ✿•.¸¸¸.♥ʚįɞ✿•.¸¸¸.•.¸¸.♥ʚįɞ✿¸¸..•.¸¸¸.♥ʚįɞ✿•¸..•.¸¸¸.•✰˚

p/s: menanti, mengharap walaupun tak pasti penghujung...namun ku tahu Allah Memerhati, Mengerti dan segala rencana daripada percaturan-NYA adalah yang terbaik buat diri hamba-Nya mengikut kesesuaian juga kesanggupan hamba-NYA. Tabahkanlah hati ini Ya Allah.

Baca Selengkapnya....
Related Posts with Thumbnails