.....

26 Ogos 2010

Home » » ^Andai Dia Tercipta Buatku^

^Andai Dia Tercipta Buatku^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila soalan ini bermula..maka ramailah antara ikhwan & akhawat mencari jawapan dimana dan kelayakan bagaimana yang boleh diteruskan bagi menjalinkan ikatan yang murni.. namun tidak semestinya seperti yang dirancang oleh kita menjadi dan tidak pula semua yang diperolehi adalah mengikut apa yang diidamkan.


Lalu apakah langkah harus ditangani apabila kekecewaan seorang insan datang menguji hubungan yang tiada nokhtahnya. Sejauhmana pula perkenalan yang tercipta itu benar melalui penyelusuran jalan bagi mendapat redha dan barakahNya.

Sukarnya untuk mentafsir bila ada dikalangan hambaNya..tewas dengan cubaan dunia. Alhamdulillah, bagi mereka yang menyedari kembali bertaubat, mohon agar ditetapkan menuju jalan kebaikan dan dibawah lindungannya kerana sebaik-baik cinta yang hadir hanya berlandaskan keimanan & ketaqwaan seorang hamba kepada Pencipta Yang Maha Agung Lagi Maha Mengetahui. Mencintai Allah dan rasul melebihi cintaNya kepada dunia dan kehidupan yang sementara ini.

Manusia & dunia..itulah antara perisai yang membawa seseorang ke arah yang dimurkaiNya mahupun lorong yang diberkati oleh RABB. Serahkan seluruh jiwa & hatimu kepada Tuhan Yang Maha Pencinta kerana DIA Lebih Mengetahui yang terbaik buat sekelian makhluk dan yang dijadikanNya.. Ya Rabb, Engkau pimpinlah jiwa dan seluruh kehidupan kami berlandaskan ketetapan dan syariat yang telah ditentukan.

Tidaklah yang lebih berkuasa melainkanMu Ya Allah.. Sesungguhnya setiap pemberianMu tiada kenikmatannya melainkan yang memikirkan dan memperhalusi setiap kegagalan yang tercipta. Jika 'dia' tercipta buatku..itulah pengakhiran yang aku terima.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails