.....

05 Oktober 2010

Home » » Meluruskan Niat!

Meluruskan Niat!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

HAKIKAT niat bukan terletak pada ucapan seseorang melalui lisannya, "Nawaitu". Akan tetapi, niat tersebut merupakan dorongan dalam hati dan berfungsi ketika hati itu telah dtembusi oleh hidayat dari Allah SWT. Disaat tertentu hal itu mudah diperolehi dan di saat lain, sukar untuk memperolehinya. Orang yang hatinya terbiasa menjalankan perintah agama, maka mudah baginya untuk menghadirkan niat menuju kebaikan. Bermula dari sinilah biasanya dapat menimbulkan motivasi berbuat baik bahkan sampai pada masalah yang sekecil-kecilnya.


Walaupun begitu, bagi orang yang condong pada dunia dan tunduk oleh hawa nafsunya, maka hal itu tidak mudah baginya, bahkan untuk melaksanakan perkara yang bersifat fardhu sekalipun, kecuali jika dipaksa.

Dari Umar bin Khatab r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Ertinya:"Setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu (ikhlas) kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana faktor duniawi atau untuk memikat hati orang lain, maka hijrahnya itu akan kembali pada apa yang diinginkannya."
(H.R. Bukhari & Muslim)


Imam Syafe'i berkata: "Hadis (dari Umar) di atas adalah 1/3 malam dari seluruh ilmu." Pengertian dari sabda Nabi SAW. bahawa:

Ertinya:"Setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat."
mengandungi makna bahawa kesolehan suatu amal perbuatan yang tidak bertentangan dengan sunnah itu disebabkan oleh niat yang baik atau lurus. Dan maksud dari sabda baginda: "Setiap orang hanya mendapatkan apa yang ia niatkan," ialah pahala orang yang beramal itu sesuai dengan niat baiknya yang terkumpul dan terbukti melalui amal-amal perbuatannya.



Adapun sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Ertinya:
"Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka ia hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia, ia akan mendapatkannya, dan barangsiapa yang hijrahnya kepada perempuan, maka ia akan menikahinya."


Erti dari semua itu, setelah kaedah pertama ditetapkan. Rasul menyebutkan satu contoh berkenaan dengan awal-awal yang bentuknya terlihat sama, namun sebenarnya berbeza.

Perlu diketahui bahawa setiap niat yang baik tidak dapat memutarkan kemaksiatan dari sumbunya. Oleh sebab itu sabda Nabi S.A.W tersebut tidak boleh diertikan, bahawa perbuatan mungkar boleh menjadi makruf disebabkan oleh niatnya.


Sabda Rasulullah SAW itu hanya ditujukan khusus untuk amalan-amalan yang bersifat ketaatan dan mubah, kerana ketaatan suatu saat dapat pula berbalik menjadi maksiat disebabkan niat yang buruk. Di lain pihak, perkara mubah boleh menjadi baik atau maksiat, juga kerana niatnya. Adapun maksiat sendiri tidak akan berbalik menjadi ketaatan oleh niat yang baik. Kemaksiatan yang diikuti oleh niat yang buruk dan ada unsur kesengajaan, maka berlipat ganda pula dosa dan siksanya di akhirat nanti.


Nilai ketaatan berhubung erat dengan niat, baik dalam hal keabsahannya mahupun untuk melipatgandakan pahala. Pada dasarnya, niat yang baik itu merupakan perbuatan yang semata berdiri di atas keinginan untuk mendapatkan redha dari Allah SWT. Jika sedikit saja masuk unsur riyak, maka rosaklah semua unsur kebaikannya sehingga menjadi suatu kemaksiatan. Di sisi lain, bila mengharapkan balasan pahala yang besar, maka harus disesuaikan dengan peningkatan kualiti niatnya. Lain halnya dengan perkara yang mubah, untuk mengubahnya menjadi perbuatan taqarrub kepada Allah dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi-Nya, maka harus disertai dengan niat yang baik.


Diriwayatkan, bahawa Umar bin Khathab r.a. berkata: "Perbuatan yang paling utama adalah menunaikan apa yang telah difardhukan atau digariskan Allah SWT, berhati-hati dan menjaga diri atau warak dari apa yang diharamkan Allah dan kesungguhan niat untuk mencapai apa yang diredhaiNya."


Diantara para ulama salafus soleh ada yang berpendapat; "Sering terjadi suatu perkara yang ringan berubah menjadi berat kerana niat, dan sebaliknya perkara yang berat boleh menjadi ringan kerana niat pula."


Yahya bin Katsir berkata:"Pelajarilah niat yang baik, kerana niat itu lebih cepat sampai kepada Allah daripada amal perbuatannya."


Dalam suatu riwayat dikatakan, bahawa Abdullah bin Umar mendegar seseorang berkata ketika sedang berihram: "Ya Allah, sesungguhnya hamba ingin melaksanakan haji dan umrah." Maka Ibnu Umar berkata kepadanya: "Apakah engkau memberitahukan niatmu itu kepada orang lain, dan bukanlah Allah lebih mengetahui isi hatimu. Padahal niat itu adalah kehendak hati dan tidak wajib dilafazkan dalam beribadah."
(Riwayat ini disahihkan oleh Ibnu Rajab al-hambali dalam Jani'ul Ushul wal hikam, halaman 19)



1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails