.....

26 Oktober 2010

Bacalah Al-Quraan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)

"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)




Baca Selengkapnya....

18 Oktober 2010

Benarkah Ini Cinta Wahai Muslimin & Muslimah???

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sahabat yang dikasihi Allah sekelian...semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam rahmat kasih sayangNYA.

Antara para remaja mahupun yang dewasa kini....ana yakin antara setiap kita ada naluri untuk berkasih dan mempunyai pasangan. Dunia yang mana tempat persinggahan...sudah tentu pelbagai kemewahan dan keinginan yang dikejar. Ada sebahagiannya mencari kekayaan dan kepuasan dengan wang dan pangkat....namun tidak juga yang ketinggalan mengikut nafsu. Waliya'uzubillah. Minta kita dijauhi daripada perkara-perkara yang dilarangNYA.

Hendak pula bila anak-anak remaja..ada sahaja yang mahu dicuba dan diikuti. Semua ini faktor dari sekeliling...apa yang dilihat dan apa yang didengar. Maka, tidak mustahil perubahan ke arah penarikan diri lebih mudah terjatuh jika tidak di awasi dengan Iman & Taqwa.

Terbaca blog seorang hamba Allah...pengakuan dan perkongsian yang dibuat olehnya berkenaan "sy x tengok rupa awk, tapi hati awak" anda caye kata2 ni?!! mendorong ana untuk sama-sama menyampaikan realiti disebalik perlanjutan hubungan antara wanita & lelaki. Boleh percaya atau tidak....mari sama-sama kita hayati dan teladani dari kisah ini. Boleh ana katakan...apa yang dikongsikan benar! buktinya..pengalaman yang telah ana lalui, melihat dan mendalami setiap kisah yang berlaku. Inilah hikmah mengapa dijadikan rentetan perjalanan dalam kehidupan manusia samaada yang baik atau tidak dan yang mudah atau susah. Semoga dapat mengambil ingatan dan menyemai dalam memori dan kehidupan kita semua.

Berikut ana bawakan kembali penulisan yang telah dilakukan..



sesuatu yang dilihat cantik atau indah daripada segi luaran dan bukanlah dalaman, berbeza dengan orang wanita yang lebih melihat kepada dalaman daripada luaran. Antara buktinya, lihatlah kebanyakan wanita hari ini. Kebanyakan mereka bertemankan seorang lelaki yang kurang kacak atau bahasa sopan dan berterus terangnya; Kenapa hal ini berlaku?. Adakah buta wanita ini?. Jawapannya tidak!. Mereka memilih lelaki itu bukanlah kerana rupa parasnya yang hodoh haha, tetapi mereka tertarik kerana kata-kata si lelaki tersebut yang membuatkan hatinya cair dan sikapnya yang bagi mereka adalah ‘caring’ dan bersikap jujur. (hakikatnya sebab lelaki tu penuh poket!)

www.muawiyah90.blogspot.com

“Perghhh!, cun awek tu”....”baik awek tunye TUT”. Ha..itulah antara kata-kata ''dajjal'' kebanyakan orang lelaki. Tetapi timbul persoalan untuk bagaimana mereka memancing si wanita tersebut. Adakah dengan berjubah dan berserban? (for sure minah tu lari). Adakah dengan membawa tasbih di tangan dengan diiringi mulut yang sentiasa berzikir? (dasar penipu!). Macam-macam lagilah cara-cara dan idea-idea yang cuba dikerahkan oleh sebahagian mereka untuk memancing si wanita.
Antara perkara yang dilihat sebagai ‘remeh’ untuk kebanyakan orang wanita ialah pengucapan seperti “i tak lihat pada rupa u, u buruk ke, u cantik ke, i tak kisah, kerana hatilah yang akan memberikan jawapan yang jujur!”. Adakah anda boleh mempercayai kata-katanya?.

Jawapannya ialah..........................YA!. Memang anda boleh mempercayai kata-katanya, tetapi anda perlu lihat kepada keperibadian dan akhlaknya yang membuatkan anda betul-betul yakin dan percaya dengan kata-katanya. Tetapi kalaulah si lelaki itu seorang yang bertindik, rambut punk, dan berseluar pendek, adakah anda masih boleh mempercayainya?.

Jawapannya ialah..........................TIDAK!. Tak sesuai langsung dengan kata-kata dia. Tetapi untuk kebanyakan wanita mungkin mereka akan mengatakan YA! Sekalipun yang sedang mengayat mereka adalah seorang mamak dan pekerja kilang, kenapa?!. Kerana poket mamak itu penuh dengan wang dan memandu sebuah kenderaan mewah iaitu motor kapcai. (untuk lelaki yang berjiwa agama, tinggalkanlah wanita yang lebih pentingkan harta dari agama.)

Seorang lelaki sekalipun kuat pegangannya pada agama, dia juga tidak akan terlepas daripada melihat atau memilih wanita daripada rupa parasnya. Ini kerana seperti yang diterangkan tadi bahawa sifat atau naluri orang lelaki yang lebih suka melihat luaran daripada dalaman. Tidak menjadi masalah juga sekiranya kita mendengar ada di antara orang lelaki yang mengatakan begini; “Saya lebih utamakan adab, dan pegangan agama oleh wanita tersebut, tetapi saya juga melihat kepada rupa parasnya.” Kalau kita teliti kata-kata ini kita boleh melihat bahawa katanya untuk melihat kepada rupa paras bukanlah bermaksud si awek tu kena cun melecun, tetapi maksud sebenarnya ialah ‘sedap mata memandang’. 'cantik dalaman, cantik luaran.'
Kesimpulan dalam penulisan saya ini ialah, kebanyakan orang wanita pada hari ini sudah banyak dipermainkan oleh kebanyakan orang lelaki, jadi, orang wanita perlu bersikap lebih berhati-hati. Penulisan ini khas kepada wanita yang ikhlas dalam menjaga maruah diri mereka. Kepada wanita yang sosial dan tidak pentingkan agama, saya mendoakan supaya ALLAH membuka pintu hati dan memberi petunjuk kepada anda.

Bagi orang lelaki pula, saya berharap agar kita bersama-sama menjadi pemimpin yang sering di sebut oleh Allah dan Rasulnya di muka bumi ini dan menjadi orang yang disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Teguran dan kritikan ini juga untuk diri saya yang masih banyak lagi belum dan perlu dibaiki. Sama-samalah kita terasa haha.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

15 Oktober 2010

Mengesan & Menangani Gangguan Makhluk Halus - Sihir, Saka & dll

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat yang dikasihi Allah sekelian, perkongsian kali ini adalah daripada proses pencarian ana ke atas sebuah laman..di temui fakta yang menerangkan beberapa ciri-ciri dan tanda-tanda bagi sihir, saka dan lain.

Berkenaan permasalahan pesakit yang mengalami gangguan jin, di anjurkan untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Falaq 41x  dan Surah An-Nas 41x setiap selepas solah maghrib sehingga sembuh.


Manakalah ZIKIR KUNCI DIRI "Laa ilahaillallahu wahdahulasyarikalah, Lahulmulku walahulhamdu wahuwa alaakulli syaii'nqadir" (rujuk ayat seperti diatas) perlu dibaca 100x pagi dan 100x petang SETIAP HARI supaya jin/syaitan tidak memasuki tubuh badan kita.


"WAHAI JIN YANG MENGHUNI DI BADAN KU INI,AKU INGIN MEMUTUSKAN SEGALA PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT OLEH NENEK MOYANGKU TERDAHULU DAN JANGANLAH KAMU MENDAMPINGI KU LAGI,TINGGALKANLAH BADAN KU DAN KETURUNAN KU INI DAN BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH SWT DENGAN BERKAT AYAT
وَأَنَّهُ ۥ تَعَـٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَـٰحِبَةً۬ وَلَا وَلَدً۬
BAHAWA SESUNGGUHNYA MAHA TINGGI DAN MAHA BESAR KEAGUNGAN TUHAN & BAGINYA TIADA BERISTERI DAN JUGA BERANAK"

Bagi mereka yang disyaki badannya berSAKA, dibaca ikrar pemutus saka diatas 3x tiap-tiap lepas solah.

Antara beberapa simptom terkena gangguan jin;-

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada
terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang di senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..Segeralah berjumpa PERAWAT ISLAM untuk sesi Terapi Ruqyah..
 
"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~



Baca Selengkapnya....

05 Oktober 2010

Meluruskan Niat!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

HAKIKAT niat bukan terletak pada ucapan seseorang melalui lisannya, "Nawaitu". Akan tetapi, niat tersebut merupakan dorongan dalam hati dan berfungsi ketika hati itu telah dtembusi oleh hidayat dari Allah SWT. Disaat tertentu hal itu mudah diperolehi dan di saat lain, sukar untuk memperolehinya. Orang yang hatinya terbiasa menjalankan perintah agama, maka mudah baginya untuk menghadirkan niat menuju kebaikan. Bermula dari sinilah biasanya dapat menimbulkan motivasi berbuat baik bahkan sampai pada masalah yang sekecil-kecilnya.


Walaupun begitu, bagi orang yang condong pada dunia dan tunduk oleh hawa nafsunya, maka hal itu tidak mudah baginya, bahkan untuk melaksanakan perkara yang bersifat fardhu sekalipun, kecuali jika dipaksa.

Dari Umar bin Khatab r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Ertinya:"Setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu (ikhlas) kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana faktor duniawi atau untuk memikat hati orang lain, maka hijrahnya itu akan kembali pada apa yang diinginkannya."
(H.R. Bukhari & Muslim)


Imam Syafe'i berkata: "Hadis (dari Umar) di atas adalah 1/3 malam dari seluruh ilmu." Pengertian dari sabda Nabi SAW. bahawa:

Ertinya:"Setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat."
mengandungi makna bahawa kesolehan suatu amal perbuatan yang tidak bertentangan dengan sunnah itu disebabkan oleh niat yang baik atau lurus. Dan maksud dari sabda baginda: "Setiap orang hanya mendapatkan apa yang ia niatkan," ialah pahala orang yang beramal itu sesuai dengan niat baiknya yang terkumpul dan terbukti melalui amal-amal perbuatannya.



Adapun sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Ertinya:
"Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka ia hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia, ia akan mendapatkannya, dan barangsiapa yang hijrahnya kepada perempuan, maka ia akan menikahinya."


Erti dari semua itu, setelah kaedah pertama ditetapkan. Rasul menyebutkan satu contoh berkenaan dengan awal-awal yang bentuknya terlihat sama, namun sebenarnya berbeza.

Perlu diketahui bahawa setiap niat yang baik tidak dapat memutarkan kemaksiatan dari sumbunya. Oleh sebab itu sabda Nabi S.A.W tersebut tidak boleh diertikan, bahawa perbuatan mungkar boleh menjadi makruf disebabkan oleh niatnya.


Sabda Rasulullah SAW itu hanya ditujukan khusus untuk amalan-amalan yang bersifat ketaatan dan mubah, kerana ketaatan suatu saat dapat pula berbalik menjadi maksiat disebabkan niat yang buruk. Di lain pihak, perkara mubah boleh menjadi baik atau maksiat, juga kerana niatnya. Adapun maksiat sendiri tidak akan berbalik menjadi ketaatan oleh niat yang baik. Kemaksiatan yang diikuti oleh niat yang buruk dan ada unsur kesengajaan, maka berlipat ganda pula dosa dan siksanya di akhirat nanti.


Nilai ketaatan berhubung erat dengan niat, baik dalam hal keabsahannya mahupun untuk melipatgandakan pahala. Pada dasarnya, niat yang baik itu merupakan perbuatan yang semata berdiri di atas keinginan untuk mendapatkan redha dari Allah SWT. Jika sedikit saja masuk unsur riyak, maka rosaklah semua unsur kebaikannya sehingga menjadi suatu kemaksiatan. Di sisi lain, bila mengharapkan balasan pahala yang besar, maka harus disesuaikan dengan peningkatan kualiti niatnya. Lain halnya dengan perkara yang mubah, untuk mengubahnya menjadi perbuatan taqarrub kepada Allah dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi-Nya, maka harus disertai dengan niat yang baik.


Diriwayatkan, bahawa Umar bin Khathab r.a. berkata: "Perbuatan yang paling utama adalah menunaikan apa yang telah difardhukan atau digariskan Allah SWT, berhati-hati dan menjaga diri atau warak dari apa yang diharamkan Allah dan kesungguhan niat untuk mencapai apa yang diredhaiNya."


Diantara para ulama salafus soleh ada yang berpendapat; "Sering terjadi suatu perkara yang ringan berubah menjadi berat kerana niat, dan sebaliknya perkara yang berat boleh menjadi ringan kerana niat pula."


Yahya bin Katsir berkata:"Pelajarilah niat yang baik, kerana niat itu lebih cepat sampai kepada Allah daripada amal perbuatannya."


Dalam suatu riwayat dikatakan, bahawa Abdullah bin Umar mendegar seseorang berkata ketika sedang berihram: "Ya Allah, sesungguhnya hamba ingin melaksanakan haji dan umrah." Maka Ibnu Umar berkata kepadanya: "Apakah engkau memberitahukan niatmu itu kepada orang lain, dan bukanlah Allah lebih mengetahui isi hatimu. Padahal niat itu adalah kehendak hati dan tidak wajib dilafazkan dalam beribadah."
(Riwayat ini disahihkan oleh Ibnu Rajab al-hambali dalam Jani'ul Ushul wal hikam, halaman 19)



Baca Selengkapnya....
Related Posts with Thumbnails