.....

Memaparkan catatan dengan label DisipLiN TasaWwuF_PeNyuciaN Jiwa dan HaTi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DisipLiN TasaWwuF_PeNyuciaN Jiwa dan HaTi. Papar semua catatan

05 Oktober 2010

Meluruskan Niat!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

HAKIKAT niat bukan terletak pada ucapan seseorang melalui lisannya, "Nawaitu". Akan tetapi, niat tersebut merupakan dorongan dalam hati dan berfungsi ketika hati itu telah dtembusi oleh hidayat dari Allah SWT. Disaat tertentu hal itu mudah diperolehi dan di saat lain, sukar untuk memperolehinya. Orang yang hatinya terbiasa menjalankan perintah agama, maka mudah baginya untuk menghadirkan niat menuju kebaikan. Bermula dari sinilah biasanya dapat menimbulkan motivasi berbuat baik bahkan sampai pada masalah yang sekecil-kecilnya.


Walaupun begitu, bagi orang yang condong pada dunia dan tunduk oleh hawa nafsunya, maka hal itu tidak mudah baginya, bahkan untuk melaksanakan perkara yang bersifat fardhu sekalipun, kecuali jika dipaksa.

Dari Umar bin Khatab r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Ertinya:"Setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu (ikhlas) kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana faktor duniawi atau untuk memikat hati orang lain, maka hijrahnya itu akan kembali pada apa yang diinginkannya."
(H.R. Bukhari & Muslim)


Imam Syafe'i berkata: "Hadis (dari Umar) di atas adalah 1/3 malam dari seluruh ilmu." Pengertian dari sabda Nabi SAW. bahawa:

Ertinya:"Setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat."
mengandungi makna bahawa kesolehan suatu amal perbuatan yang tidak bertentangan dengan sunnah itu disebabkan oleh niat yang baik atau lurus. Dan maksud dari sabda baginda: "Setiap orang hanya mendapatkan apa yang ia niatkan," ialah pahala orang yang beramal itu sesuai dengan niat baiknya yang terkumpul dan terbukti melalui amal-amal perbuatannya.



Adapun sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

Ertinya:
"Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka ia hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia, ia akan mendapatkannya, dan barangsiapa yang hijrahnya kepada perempuan, maka ia akan menikahinya."


Erti dari semua itu, setelah kaedah pertama ditetapkan. Rasul menyebutkan satu contoh berkenaan dengan awal-awal yang bentuknya terlihat sama, namun sebenarnya berbeza.

Perlu diketahui bahawa setiap niat yang baik tidak dapat memutarkan kemaksiatan dari sumbunya. Oleh sebab itu sabda Nabi S.A.W tersebut tidak boleh diertikan, bahawa perbuatan mungkar boleh menjadi makruf disebabkan oleh niatnya.


Sabda Rasulullah SAW itu hanya ditujukan khusus untuk amalan-amalan yang bersifat ketaatan dan mubah, kerana ketaatan suatu saat dapat pula berbalik menjadi maksiat disebabkan niat yang buruk. Di lain pihak, perkara mubah boleh menjadi baik atau maksiat, juga kerana niatnya. Adapun maksiat sendiri tidak akan berbalik menjadi ketaatan oleh niat yang baik. Kemaksiatan yang diikuti oleh niat yang buruk dan ada unsur kesengajaan, maka berlipat ganda pula dosa dan siksanya di akhirat nanti.


Nilai ketaatan berhubung erat dengan niat, baik dalam hal keabsahannya mahupun untuk melipatgandakan pahala. Pada dasarnya, niat yang baik itu merupakan perbuatan yang semata berdiri di atas keinginan untuk mendapatkan redha dari Allah SWT. Jika sedikit saja masuk unsur riyak, maka rosaklah semua unsur kebaikannya sehingga menjadi suatu kemaksiatan. Di sisi lain, bila mengharapkan balasan pahala yang besar, maka harus disesuaikan dengan peningkatan kualiti niatnya. Lain halnya dengan perkara yang mubah, untuk mengubahnya menjadi perbuatan taqarrub kepada Allah dan memperoleh darjat yang tinggi di sisi-Nya, maka harus disertai dengan niat yang baik.


Diriwayatkan, bahawa Umar bin Khathab r.a. berkata: "Perbuatan yang paling utama adalah menunaikan apa yang telah difardhukan atau digariskan Allah SWT, berhati-hati dan menjaga diri atau warak dari apa yang diharamkan Allah dan kesungguhan niat untuk mencapai apa yang diredhaiNya."


Diantara para ulama salafus soleh ada yang berpendapat; "Sering terjadi suatu perkara yang ringan berubah menjadi berat kerana niat, dan sebaliknya perkara yang berat boleh menjadi ringan kerana niat pula."


Yahya bin Katsir berkata:"Pelajarilah niat yang baik, kerana niat itu lebih cepat sampai kepada Allah daripada amal perbuatannya."


Dalam suatu riwayat dikatakan, bahawa Abdullah bin Umar mendegar seseorang berkata ketika sedang berihram: "Ya Allah, sesungguhnya hamba ingin melaksanakan haji dan umrah." Maka Ibnu Umar berkata kepadanya: "Apakah engkau memberitahukan niatmu itu kepada orang lain, dan bukanlah Allah lebih mengetahui isi hatimu. Padahal niat itu adalah kehendak hati dan tidak wajib dilafazkan dalam beribadah."
(Riwayat ini disahihkan oleh Ibnu Rajab al-hambali dalam Jani'ul Ushul wal hikam, halaman 19)



Baca Selengkapnya....

10 Julai 2010

Fadhilat Qiamullail Buat Diri & Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rakan yang dikasihi Allah sekelian... kelebihan besar Qiamullail menggamit hati bernama insan. SUBHANALLAH, besar rupanya fadhilat berqiam bagi diri individu. Ramai yang tertanya...

"bagaimana hendak bangun ditengah malam menunaikan solat tahajjud.. sudah mencuba, tetapi tidak dapat."


"Dulu ana sering dan rajin melakukan solat sunat dimalam hari... tapi kini, tidak tahu mengapa sukar untuk bangun ditengah malam." 

 dan...

"mengapa ye wajah orang yang berqiam/ bertahajjud @ solah sunnat ditengah malam mendapat cahaya..."



 Firman Allah SWT dalam surah Al-Muzammil: Ayat 1 – 10:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (١)قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا (٢)نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا (٣)أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا (٤)إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا (٥)إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلا (٦)إِنَّ لَكَ فِي اَلنَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلا (٧)وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلا (٨)رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا (٩)وَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلا (١٠)

1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
5. (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;
8. dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.
9. Dia lah Tuhan Yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan dia; maka Jadikanlah Dia penjaga Yang menyempurnakan urusanmu.
10. dan Bersabarlah terhadap apa Yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka Dengan cara Yang baik.

Mari sahabat, sejenak kita mencari pengisian bagaimana proses penyucian hati dan bermuhasabah serta merenung apa yang disampaikan ini. InsyaAllah.. semoga memberi manfaat bersama buat seluruh hambaNya yang membaca.


Diantara nash-nash Quran yang menerangkan tentang qiamullail adalah:

Firman Allah SWT:

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَى وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الأرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا وَمَا تُقَدِّمُوا لأنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٢٠)

Ertinya: “Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang Yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah Yang terdahulu); padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang. ia mengetahui Bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira Dengan tepat kadar masa itu, lalu ia menarik balik perintahNya Yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan Yang lainnya lagi orang-orang Yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamanya). maka bacalah mana-mana Yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan Yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Muzammil: Ayat 20)

Firman-Nya,

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا (٦٤)

Ertinya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri,”
(Surah Furqan: Ayat 64)

Hadis nabi SAW yang menerangkan tentang keutamaan Qiamullail di antaranya adalah sabda baginda:

Ertinya: "Solah yang paling utama setelah solah wajib ialah qiamullail (solah ditengah malam)."
(Hadith Muttafaq' Alaih)

Selain itu dikuatkan oleh hadis berasal dari Aisyah yang berkata: "Adalah Rasulullah SAW melakukan solah diantara solah Isyak dan solah fajar sebanyak 11 rakaat, yang setiap 2 rakaat diakhiri dengan salam, kemudian berwitir pada satu rakaat terakhir."

Diceritakan kepada beliau tentang orang yang tidur semalam suntuk tanpa mengingati untuk bersolah. Maka baginda mengatakan; "Orang tersebut telah dikencing syaitan di kedua telinganya."
(Hadith Muttafaq' Alaih, dari hadis Ibnu Mas'ud)


Dari Abu Hurairah ra. dikatakan, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: "Syaitan mengikat pada tengkuk tiap orang di antara kamu, ketika ia tidur, dengan tiga ikatan (simpul), setiap simpulnya ditiupkan ucapannya, “Bagimu malam yang panjang, tidurlah dengan nyeyak.” Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah, terurailah satu simpul, bila ia berwudhuk, terurailah satu simpul lagi dan ketika ia solah, maka terurailah simpul terakhir lalu di pagi hari dirinya menjadi segar, bersemangat dan hatinya pun terang. Jika tidak, maka di pagi hari jiwanya dililit kekalutan dan malas untuk beraktiviti.”
(Hadith Muttafaq’ Alaih)


Ketika orang-orang sudah lelap dalam tidurnya, Ibnu Mas’ud justeru mulai bangun untuk solat tahajjud, sehingga terdengar seperti suara dengungan lebah, sampai menjelang fajar menyingsing. Ditanyakan kepada Hasan al-Bashri, “Mengapa orang-orang yang suka bertahajjud itu wajahnya paling bercahaya di antara yang lain?” Ia menjawab, “Kerana mereka suka berduaan bersama Allah Yang Maha Rahman; maka Allah menyelimuti mereka dengan cahayaNya.”

Hasan al-Bashri juga pernah berkata, bahawa sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari qiamullail. Ada seorang bertanya kepada orang soleh: “Saya tidak dapat bangun untuk qiyamullail, maka beritahukanlah apa yang harus saya lakukan?” Orang soleh itu berkata: “Jangan engkau bermaksiat kepadaNya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkanmu untuk beribadah kepadaNya, diwaktu malam.” Di dalam suatu riwayat, Sufyan ats-Tsauri mengatakan: “Aku terhalang untuk melakukan qiyamullail selama lima bulan, akibat dari satu dosa yang aku lakukan.”

Ibnu Mubarrak berkata dalam bait syairnya:

Saat malam tiba berselimut gelita
Kala manusia lain lelap dalam tidurnya
Mereka lawan beratnya malam dengan ibadat
Untuk merebak cahaya Yang Kuasa
Rasa takut kepadaNya menerbangkan mengantuk mereka
Sedang orang yang merasa aman dari murkaNya
terbuai dalam mimpi-mimpinya.

Abu sulaiman berkata: “Malam hari bagi orang yang setia beribadat di dalamnya, itu lebih nikmat daripada permainan bagi mereka yang suka hidup bermain-main. Seandainya tanpa malam aku tak suka tinggal di dunia ini.”

Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku, kelazatan dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiyamullail, bersilaturrahim dengan ikhwan dan solah berjemaah.”

Allah bermegah dengan hamba-hambaNya yang bangun ditengah malam. hadith Qudsi meriwayatkan: mereka yang bangun ditengah malam mengerjakan solah, disediakan syurga buat mereka.

MasyaAllah...mana lagi kita mahu mengadu, berkasih dan mencari ketenangan ya sahabat yang dirahmati Allah sekalian...segalanya bermula antara kita dan pencipta..selesai dan baik urusan kita denganNya, maka mudah dan tenanglah segalanya yang dilalui.


**************** InsyaAllah ****************

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

10 Jun 2010

Ikhlas Menyucikan HATI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




IKHLAS ialah menetapkan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT secara murni. Ada pula yang berpendapat, bahawa ikhlas adalah mengarahkan setiap tujuan semata hanya kepada Allah SWT.



Ikhlas merupakan syarat diterimanya suatu amal soleh yang sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman: "Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.." (Al-Bayyinah: Ayat 5)



Dari Umamah r.a. mengatakan, bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Apakah pendapat baginda tentang seseorang yang berperang dengan tujuan mencari pahala dan populariti diri, kelak apa yang akan diperolehi?" Rasulullah SAW menjawab: 'Ia tidak memperolehi apa-apa!" orang itu mengulangi pertanyaan tersebut sampai tiga kali, tetapi Rasulullah tetap menjawabnya: "Ia tidak menerima apa-apa!" Kemudian baginda bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal perbuatan, kecuali yang murni dan hanya mengharap redhaNya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa'i)



Dari Abu Said al-Khudry r.a. dari Nabi SAW bersabda ketika menunaikan haji wada': "Semoga Allah menjadikan baik, orang yang menengar ucapanku lalu memahaminya, sebab ramai orang yang menyampaikan ilmu (memahami agama), tetapi ia bukan seorang yang faqih (memahami hakikatnya).




Tiga perkara yang menjadikan hati seorang mukmin tidak akan menjadi pengkhianat;-
i) Ikhlas beramal kerana Allah
ii) Memberi nasihat yang baik kepada para pemimpin kaum muslim
iii) Senantiasa teguh terhadap jemaah." (Hadith Riwayat Al-Bazzar dengan isnad hasan, Hadith Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya).



Dengan berpegang teguh pada 3 perkara ini, menjadikan hati lebih aman dan soleh. Barangsiapa menjadikan perkara itu sebagai perilakunya, maka sucilah hati dan jiwanya serta jauhi dari sifat khianat, dengki dan zalim. Seseorang tidak akan terlepas dan selamat dari syaitan, kecuali dengan berlaku ikhlas dalam segala perkara. Iblis sendiri telah mengatakan semoga laknat Allah atasnya sebagaimana yang tercantum dalam Al-Quraan: "Iblis berkata: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis diantara mereka." (Shaad: Ayat82-3)





Setiap bahagian dari perkara duniawi yang sudah mencemari amal kebaikan, sedikit atau banyak, apabila hati kita bergantung dan condong padanya, maka kemurnian amal itu ternoda dan hilanglah keikhlasannya.



Pada umumnya manusia selalu terpaku dengan perkara-perkara yang bersifat kebendaan (material) di dunia yang fana ini. Sebagaimana dikatakan oleh seorang yang soleh: "Barangsiapa melakukan satu minit saja dari umurnya untuk berbuat ikhlas hanya kepada Allah, maka selamatlah ia." Dikatakan demikian, kerana berbuat ikhlas memang berat dan sukar bagi kita untuk membersihkan hati dari yang mengotori kemurniannya. Oleh sebab itu, ikhlas adalah menyucikan hati dari segala kekotoran, dan tidak boleh tertinggal sedikit pun, sehingga yang ada dlam hati hanyalah tujuan taqarrub kepada Allah SWT.



Amalan ibadat yang ikhlas, tidak mungkin terlintas dalam angan-angan dan benak seseorang, kecuali bagi yang mencintai Allah (mahabbatullah) dan tujuannya hanya untuk kebahagiaan akhirat. Tidak ada ruang di dalam batinnya sedikit pun rasa cinta pada dunia (hubbuddunya). Orang yang seperti ini apabila ia makan, minum atau bahkan bang hajat sekalipun, maka perbuatannya itu atas dasar ikhlas dan kerana Allah semata. Adapun orang yang tidak memiliki sifat-sifat seperti itu, maka tertutup baginya pintu menuju ikhlas.



Orang yang nafsunya dapat dikalahkan oleh mahabbatullah dan kecintaannya untuk 'memetik' buah hasilnya di akhirat, maka setiap perbuatan yang merupakan kebiasaan (seperti makan,minum, tidur), akan mengambil sifat tujuan utama hidupnya. kerana itu, perbuatannya bernilai ikhlas. Sebaliknya orang yang jiwanya dapat dikalahkan oleh perkara duniawi, mencari kedudukan dan populariti, maka yang demikian itu kerana nafsunya tewas oleh tujuan selain kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, setiap tindakan dan perilakunya mengarah pada sifat tersebut, sehingga tidak akan murni ibadat yang ia lakukan seperti solat atau puasa dan yang lainnya.



Dengan ikhlas, maka akan dapat mencabut dorongan yang dikendalikan hawa nafsu. Menghilangkan nafsu serakah terhadap dunia dan dapat meluruskan tujuan perjalanan hidup hanya untuk akhirat. Dengan demikian, hawa nafsu dapat dikendali dan menjadikan ikhlas sebagai penguasa hati. Maka setiap kali kita melangkah kehendaknya bermula dari rasa ikhlas semata kerana Allah SWT. Betapa banyak amal perbuatan dimana orang berat melakukannya, sekalipun ia percaya bahawa amalannya itu ikhlas kerana Allah. Orang seperti ini pada dasarnya tertipu oleh perasaannya sendiri, disebabkan iatidak mengetahui sumber utama penyakit yang dapat menghancurkan setiap amal perbuatannya.



Diceritakan, ada seorang ulama salaf yang selalu solat di saf terdepan. Suatu hari ia datang terlambat, maka ia pun terpaksa solat di saf kedua. Di dalam hatinya tersimpan rasa malu kepada para jemaah lain. Maka pada saat itulah ia menyedari bahawa sebenarnya kesenangan dan ketenangan hatinya ketika solat di saf terdepan, pada hari-hari sebelumnya, adalah kerana ingin dilihat oleh orang lain.



Masalah ikhlas memang sukar sehingga sedikit sekali perbuatan yang boleh dikatakan murni ikhlas kerana Allah, dan sedikit pula orang yang berminat terhadapnya, kecuali mereka yang mendapat taufik (pertolongan, kemudahan) dari Allah SWT. Adapun orang yang lalai akan masalah ikhlas ini, ia senantiasa melihat pada nilai kebaikan yang pernah ia lakukan. Padahal dihari kiamat kelak perbuatannya itu justeru menjadi keburukan. Itulah orang yang dimaksud oleh Allah dalam firmanNya: "... Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan jelaslah bagi mereka keburukan apa yang pernah mereka perbuat..."(Az-Zumar: Ayat 47 - Ayat48)



FirmanNya lagi: "Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugikan perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."(Al-Kahfi: Ayat 103-104)



Telah berkata Ya'kub: "Orang ikhlas adalah orang yang dapat merahsiakan kebaikannya, sebagaimana ia merahsiakan keburukannya."



As-Suusy berkata: "Ikhlas ialah hilangnya 'ikhlas' itu sendiri dari pandangan. Orang yang dapat menyaksikan dalam perbuatannya (yang didasari keikhlasan itu) sebagai suatu keikhlasan, maka sesungguhnya perbuatannya itu masih memerlukan rasa ikhlas."



Pendapat yang lain: "Berbuat ikhlas sesaat bererti keselamatan seabad, akan tetapi ikhlas itu berat."



Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pernah ditanya suatu perkara kepada Suhail: "Apakah yang paling berat bagi nafsu manusia?" Ia menjawab: "Ikhlas, sebab memang nafsu tidak pernah memiliki sebahagian dari ikhlas."



Al-Fadhail berkata: "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak, dan beramal kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas ialah apabila Allah menyelamatkan kamu dari keduanya."


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

28 Mei 2010

Penawar & Penyucian jiwa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وبركاته ٱللهِ ورحمة عليكم السلام

Kearifan insan budiman akan memahami jiwanya, apakah sedang sakit atau dalam keadaan sihat.  Mereka dapat menyelami sanubarinya sendiri sehingga memberikan penawar dalam jiwanya.


Kesihatan jasmani hanya menjamin kebahagiaan di dunia sahaja, sedangkan kesihatan jiwa akan menentukan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.  Begitu juga kematian jasad akan memutuskan hubungan dengan amal dunia ini, tetetapi kematian hati akan terus dirasakan sebagai suatu kepedihan untuk selama-lamanya.


Sungguh menghairankan jika manusia sanggup meratap jasad yang terbujur kaku tetapi tidak menangisi hati yang telah mati, kerana jiwa atau hati yang mati lebih terseksa dalam menanggung penderitaan.  Hanya dengan mendekatkan diri kepada Ilahi jiwa akan tenang, sentiasa bersih dalam mengharap redhaNya.

Kebaikan dan ketaatan merupakan semua jenis makanan jiwa. Makanan yang baik lagi halal untuk jiwa iaitu zikrullah, tilawatil Quran, berdoa, berselawat, qiyamullail dan ibadah lainnya.

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....
Related Posts with Thumbnails