.....

14 Disember 2011

Coretan Hati Keikhlasan Sanubari....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Liku-liku..... memilukan hati
Sebuah kegembiraan terusik dengan secalit kekecewaan,
Permulaan yang indah, pengakhiran dengan kesukaran,
Pemberian bersama harapan, penerimaan disulami kesakitan,


Lenyaplah dusta.... hilanglah duka..... Hazaflah dosa...


Kembali sekalian hati hanya kepada-Nya..
Milik Allah pasti jua dengan penentuan-Nya...



Datang & pergi...
Bertemu & berpisah...
Hadir & kembali...
Patah tumbuh kembali.... yang hilang tiada pengganti


Menghargai nikmat yang diberi,
Bersyukur atas ketentuan ILAHI,
Redha pada perkara yang diuji,


TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SEMUA YANG DIKURNAI ..... Hanya pada-MU selayak pujian, harapan dan penggantungan setiap hati. 
Begitulah kisah kehidupan yang silih berganti...






"Telah tiba waktunya bagi orang beriman agar menjadi khusyuk hatinya untuk berzikir kepada Allah dan ingat apa yang turun dari yang hak"
-(Surah Al-Hadid: Ayat 16)-
Katakanlah:"Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar jika aku derhaka kepada Tuhanku"
~(Surah Az-Zumar: Ayat 13)~

Baca Selengkapnya....

24 November 2011

Wasiat Imam Hasan Al-Banna

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanya.

2. Membaca, menelaah dan memperdengar Al-Quraan atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau mensia-siakan waktumu dalam perkara yang tidak ada menfaatnya.

3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh bercakap dalam bahasa Arab dengan fasih.

4. Jangan banyak berdebat dalam pelbagai aspek pembicaraan sebab hal ini tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram.



6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat demikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara terus-menerus.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan menggangu dan menyakiti.

8. Jauhilah daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai hatinya dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali perkara yang baik.

9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerjasama).

10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang ada, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan maka percepatkanlah untuk diselesaikan.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....
Related Posts with Thumbnails