.....

24 November 2011

Home » » Wasiat Imam Hasan Al-Banna

Wasiat Imam Hasan Al-Banna

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanya.

2. Membaca, menelaah dan memperdengar Al-Quraan atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau mensia-siakan waktumu dalam perkara yang tidak ada menfaatnya.

3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh bercakap dalam bahasa Arab dengan fasih.

4. Jangan banyak berdebat dalam pelbagai aspek pembicaraan sebab hal ini tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram.



6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat demikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara terus-menerus.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal ini akan menggangu dan menyakiti.

8. Jauhilah daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai hatinya dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali perkara yang baik.

9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerjasama).

10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang ada, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan maka percepatkanlah untuk diselesaikan.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails