.....

16 Mei 2010

Home » » Menjaga Budi Dalam Pergaulan

Menjaga Budi Dalam Pergaulan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam penghulur kasih & rahmat Pencipta buat sekelian pembaca blog.

YaAllah.. sahabat sekalian.. kadangkala diri ini tertanya., bagaimana ya nak jaga budi dalam pergaulan kita ni. Ada ketika tanpa kita sedari, ada yang tersinggung hati dan kecewa dengan perkataan yang dikeluarkan. Ada sebahagian pendapat kita kadang tak sama dengan yang lain.. iya, tidak semua orang akan ada hati & perspektif yang sama dengan kita... tapi mampukah diri menghadapi segala cabaran yang datang dalam kehidupan. Menghormati pandangan orang lain, mengeluarkan pendapat kita secara berhikmah & cara sopan.



Teringat kisah dizaman Nabi Muhammad S.A.W sangat suka kepada yang baik-baik, sama ada budi pekerti, cara berkata, bergerak, makan minum, duduk dan berjalan. Sesiapa yang berlaku baik, tentu disukai Nabi. Pengajaran nabi tentang amalan baik ini sangat banyak, begitu juga cerita-cerita tentang baginda dengan anak-anak, cucu dan para sahabat serta keluarga baginda.




Baginda sering berada di masjid dan begitu juga sering dikelilingi dengan para sahabt dengan kewibawaan masing-masing seperti Abu Bakar sebagai teman setia baginda; Umar bin Khathab seorang yang sangat berani; Uthsman bin Affan yang pandai berniaga; Ali bin Abi Thalib seorang yang banyak ilmu; Abu Zar Al Ghifari seorang yang berfahaman keras; Khalid bin Walid digelari “Pedang Allah”; dan ramai lagi para sahabat baginda dengan pembawanya.



Di dalam masjid baginda berkumpul dengan para sahabat, adakalanya untuk menyampaikan perintah-perintah Allah, ada masa yang lain pula untuk membicarakan keadaan umat Islam. Sahabat-sahabat suka bersama baginda dan Nabi pula pandai mengembirakan sahabat-sahabatnya dengan memperlihatkan hormat masing-masing menurut keadaan dirinya. Keakraban inilah maka para sabahat itu rela mengembangkan Islam bersama-sama baginda walau menerima pelbagai kesulitan.



Suatu hari ketika mereka bersama-sama di masjid, para sahabat sudah duduk mengambil tempat masing-masing kecuali Ali bin Abi Thalib masih belum sampai. Tidak lama kemudian Ali pun sampai dan member salam: Assalamualaikum Warahmatullah. Demikian juga Nabi dan para sahabat jikalau mereka bertemu sering mengucapkan salam.



Ucapan salam dari Ali disambut oleh baginda dan para sahabat. Tetapi Ali masih berdiri kerana merasa ragu-ragu dimana beliau akan duduk kerana tempat-tempat telah diduduki oleh sahabat-sahabat yang lain, sudah teratur semuanya.



Nabi mengetahui keresahan Ali itu dan baginda tidak suka sahabatnya berasa kecewa. Sebab itu baginda memandang kepada sahabat-sahabat yang lain dan siapakah yang dapat meluangkan tempat supaya Ali dapat duduk bersama-sama.



Baginda tidak berkata sepatah pun, hanya mata baginda tujukan kepada sahabat disekelilingnya. Tiba-tiba sahabat disebelah kanannya berkata: “Ya Aba al-Hassan (panggilan kepada Ali, bapa Hassan kerana anaknya bernama Hassan), silakan duduk di sisiku ini.”



Demikianlah Abu Bakar mempelawa Ali bin Abi Thalibb duduk diantara Nabi S.A.W dan dirinya. Baginda memperlihatkan sopan-santun sahabatnya dengan bayangan kegembiraan dan sebagai penghargaan baginda berkata: “Wahai Abu Bakar! Hanya orang yang mempunyai keutamaan budi dapat memperlihatkan kepada ahli keutamaan pula.”



Begitulah mesranya pergaulan Nabi dengan sekalian para sahabat sehingga soal kecil seperti kejadian di atas pun baginda perhatikan jangan ada rasa kecewa di antara sahabat-sahabat.



Ajaran Nabi atau ajaran Islam banyak menekankan ajaran yang baik dan kita semua sewajarnya sering mencontohi, semuanya dari cara duduk dan berdiri, makan dan minum, menghormati orang tua, berbicara dan bergaul secara perlakuan yang baik kerana baginda mengingini melihat orang yang baik kelakuannya, orang Islam.



Begitulah sirah dan contoh kehidupan Baginda yang kita boleh ambil ikhtibar dalam kehidupan kita, minta diberi akhlak seindah Rasulullah S.A.W. Ya RABB... terlalu lemah & jauh sekali mahu akui diri ini terlalu baik & sempurna. Apakah diri ini berakhlak didepan Al-Khaliq.... Hamba yang lemah & sentiasa memerlukan bantuan & kebaikan dalam menjalankan kehidupan secara berhikmah atas setiap perlakuan. "Ya Allah berikan akhlak terbaik buat diriku untuk menjadi hamba yang rendah hati sentiasa."

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails