.....

18 Mei 2010

Home » » Menolong Orang Dalam Kesedihan Dengan Sabar

Menolong Orang Dalam Kesedihan Dengan Sabar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam kasih sayang & semoga didalam rahmat Allah senantiasa buat pembaca sekelian.




Sekian kalinya diri ini melabuhkan tirai dikala kesedihan datang menjelma. Sukar hendak mentafsirkan kedukaan yang datang tanpa kekuatan dari Ilahi. Pemerhatian masyarakat sekeliling membuatkan diri ini berasa sangat bermakna walaupun hanya seketika. Namun sokongan yang membuatkan keperitan ini semakin luntur dari jiwa dan kemurungan.. tak dapat digambarkan oleh lisan. Begitulah perasaan yang wujud dikala ketenteraman cuba dihulur oleh mereka yang berhati nurani.

Benarlah yang dijanjikan Allah, jika kita “memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah akan dipermudahkan urusan kita oleh Allah” walaupun dengan sekecil bantuan. Sebaliknya jika kita memberi yang tidak baik, haruslah bersedia juga untuk menerima balasan dan kepedihan yang bakal ditempuhi. Waliya’uzubillah.... Ya Allah, minta dijauhkan daripada apa jua musibah yang membuatkan diri & masyarakat gagal menemui jalan kepastian mendapat redhaMu.



Pada suatu hari Nabi S.A.W berjalan-jalan bersama seorang sahabatnya iaitu Fadhal bin Abba. Mereka sedang menuju ke suatu kawasan perkuburan dan kelihatan banyak makam kerana telah begitu ramai yang dikuburkan di situ. Fadhal berjalan disamping Nabi dan kadangkala di belakang nabi sebagai menghormatinya.

Sesampainya mereka diperkuburan itu Nabi pun berhenti, kelihatan Nabi seolah-olah sedang berfikir. Nabi melihat kuburan itu dengan tafakkur dan diam. Demikian juga sahabat yang bersama baginda. Perasaan orang di kuburan jauh berbeza jika dibandingkan dengan di pasar, di rumah atau di masjid. Tempatnya sepi dan sunyi walaupun ramai orang yang tersimpan disana.

Tiba-tiba suasana sunyi itu dipecahkan oleh suara tangis seorang wanita. Kelihatannya dalam kesedihan kerana ditinggalkan oleh orang yang ada didalam kuburan itu. Nabi S.A.W memberitahu teman baginda dan kemudian menghampirinya wanita itu. Baginda melihatnya dengan penuh belas kasihan. Nabi berdiri tegak di depan wanita itu dan berkata:


“Takwalah kepada Allah dan bersabar terhadap takdir Tuhan,” kata-kata Nabi untuk menyejukkan perasaan dukacita perempuan itu.


Fadhal merasa terharu mendengarkan suara Nabi itu seakan-akan angin sejuk buat orang yang bersedih. Tetapi perempuan itu masih menangis lagi tanpa sedikit pun hendak bergerak melihat ke kiri atau kanan bagi mengetahui siapakah yang telah menyabarkan hatinya tadi. Tiba-tiba dalam keadaan suara yang tinggi beliau berkata:


“Pergilah dari sini, engkau tidak merasakan malapetaka yang aku alami,” kata perempuan itu.

Fadhal, sahabat Nabi menjadi marah kepada perempuan itu kerana berkata lancang terhadap Nabi S.A.W. Perempuan tidak sopan dan tidak tahu hormat, demikian fikirnya. Beliau hendak membentak perempuan itu tetapi segera beliau ingat dirinya yang sedang berjalan dengan Rasulullah S.A.W, sedangkan Nabi sendiri tidak berbuat apa-apa, maka kenapa beliau pula harus berlaku kasar?


Sewaktu beliau memandang ke arah Rasulullah, kelihatan Nabi begitu kasihan kepada perempuan itu. Nabi pun tidak berkata lagi setelah memberi nasihat itu. Nabi S.A.W hanya terus memperhatikan perempuan yang masih bersedih itu. Sesungguhnya baginda maklum akan perasaan orang dalam kesedihan, perasaan tidak menentu lagi.


Perempuan itu akhirnya dapat menguasai dirinya semula, makin lama kelihatan beliau kembali sedar barangkali teringat kata-kata nasihat yang diberikan Nabi itu.


Perempuan itu memandangkan ke arah Nabi, alangkah terkejutnya beliau dan segera beliau meminta maaf kesalahannya mengeluarkan kata-kata kasar tadi. Nabi pun dengan sifat-Nya yang lembut itu memberi maaf dan lagi baginda sedia maklum akan sebab-sebab perempuan itu berkata kasar.


“Sesungguhnya sabar itu berguna tatkala permulaan musibah,” kata nabi kepada perempuan itu.


Perempuan itu tersenyum dan dengan hormat di depan nabi, beliau pun kembali pulang ke tempatnya.


Demikian Nabi suka berziarah ke kuburan kerana mengingati tempat memasuki alam akhirat. Baginda ikut bersedih jika melihat orang yang sedang bersedih. Hati baginda tetap lembut dan menyantuni orang-orang yang kadangkala tidak dapat mengawal perasaan, kurang sopan kerana sesuatu musibah. Sesungguhnya sebagai Nabi, baginda mengetahui cara-cara mengajak orang kepada jalan yang baik dan semoga kita dapat mencontohi teladannya yang baik ini.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails