.....

10 Ogos 2010

Home » » Selamat Datang Bulan Mulia..:Ramadhan Cahaya Keimanan:..

Selamat Datang Bulan Mulia..:Ramadhan Cahaya Keimanan:..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Rindu kepada kehadiranmu tiada yang menandingi Ya Ramadhan. Sungguh besar fadhilat ramadhan buat hati-hati insan beragama Islam. SubhanaAllah.. Amalan dalam bulan ini terlalu ringan sekali untuk ditunaikan. Begitu besar makna disebalik kedatanganmu ramadhan yang dicinta.



Sedih dan pilu hati mengenangkan kenangan dahulu ketika belajar. Masih berkesempatan melalui kemanisan ini dengan program-program mendidik rohani dan jasmani. Mengalir air mata mengimbau sejarah kemunculanmu bulan cahaya bagi hati umat Islam. Sesungguhnya benar..bagi mereka yang mempunyai Iman & Taqwa.. bulan ini akan dianggap bulan yang penuh pengharapan dan maksud mencapai redha Allah.


Bagaimana kita? persiapan menemui bulan istimewa ini pasti perlu diisi dengan jiwa yang bersih dan naluri yang tulus murni. YaAllah, mengapa sedih sekali hati ini.. sayu mengenangkan tidak dapat menghadiri berjemaah dimasjid memandangkan jarak agar sedikit jauh, hendak melalui lorong yang gelap dan sunyi. Bagaimana untuk diperjelaskan.. jika ke masjid/surau beramai-ramai...itu lebih manis, apakan daya.. diri ini tidak berjaya membawa bersama mereka terdekat menunaikan seruan ini. Ya Allah, Sesungguh Engkau Mengetahui hati hamba-hambaMU ini. Pastinya hati dan jiwa mengambil kesempatan menghayati alunan dari jauh diudara untuk menenangkan kerinduan ini.


Buat sahabat yang berkesempatan, mempunyai kemudahan terdekat untuk ke masjid, ayuhlah! bersama berjemaah dirumah Allah. Bagi yang berkenderaan kelebihan buat antum sekalian, walau jauh dari kawasan setempat..tetapi dengan hati yang bersungguh dan ikhlas, pasti mampu diri melengkapi segala yang terkurang.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails