.....

24 Mei 2010

Home » » Bersabarlah Wahai Hati.....

Bersabarlah Wahai Hati.....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sabarlah wahai hati..,
Luas mencabar kehidupan ini
Segala kepahitan sukar dilupai
Bagaimana langkah harusku lalui
Tabahkan jua dalam mengharungi


Sabarlah wahai hati..,
Sifatmu membawa kebahgiaan diri
Junjungan peribadi Nabi yang dicintai
Kemanisan hidup bakal menerangi
Kekuatan dalam meneruskan hari-hari

Sabarlah wahai hati...,
Setiap dugaan datang menguji
Adakah dirimu mampu mengharungi
Walaupun perit untuk menjalani
Dikau pasti berjaya menangani

Sabarlah wahai hati..,
Hanya Pemilikmu lebih menghetahui
Keyakinan kepadaNya sahaja mengubati
Ibarat mutiara yang sukar ditemui
Ketahuilah yang terbaik bakal menanti

BERSABARLAH WAHAI HATI......

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

5 ulasan:

  1. Salam nur.. ni saya assiddiq.. Blog menarik tp tulisan xberapa nampak..Lagi satu gambar bawah skali tuh,awk just bgi kod image blog awk je.. Kalau org nak klik xleh.. biasanya iklan logo blog ni biasanya org klik kot logo jek..

    Amik kod ni eh letak kat kod bawah tu..

    [url=(link blog awk)][img](link images)[/img][/url]

    BalasPadam
  2. Assiddiq
    Bismillah
    Salam

    ye siddiq, dah diubah tulisan & kod bagi logo blog. Syukran ya.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails