.....

05 Mei 2010

Home » » Hikmah Disebalik Setiap Kejadian

Hikmah Disebalik Setiap Kejadian

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekelumit coretan buat penghayatan bersama.
Bukan Luahan, Bukan juga Keluhan, Mungkin.. pelajaran
Meniti hari-hari kehidupan kini dan akan datang.

ALHAMDULILLAH, setelah berkesempatan diri menunaikan solat sunat hajat, Seterusnya.. dengan mengadu dan bermohon kepadaNYA segala yang dihajati dan diharapkan hanya dariNYA.

Dalam keadaan sama, amat menyedihkan..,
Sedang lena dan alpa diri menghadap ILAHI,
Tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi televisyen kuat dari ruang tamu

Yang menghilang ketenangan dan kekhusyukan diri ini
untuk meneruskan doa dan bermunajat kepadaNYA..
SUBHANALLAH...



Adakah diri ini telah Berjaya membawa adik-adik berpandukan kehidupan yang sebenar,?
Bagaimana pula hendak memandu keluarga kepada kebenaran..?
Pelbagai kata-kata yang dilemparkan dari keluarga sendiri.

Apakah salah jika teguran yang dibuat itu sudah cukup halus dan lembut, Tapi..masih lagi diterjah dengan pemikiran yang tak terjangkau olehku lantaran kesabaran dan keikhlasan kerana Penciptaku, itu yang menguatkan diriku untuk melangkah dan meneruskan perjalanan kehidupan ini..

YaALLAH ujian yang begitu besar dan mencabar, “ALLAH sahaja yang mampu Mengubah semua ini. YARABB kepadamu aku bermohon agar memberi nur dan kelembutan dalam hati-hati mereka kembali kepadaMU.”

YaALLAH berilah daku Hidayah kekal dijalanmu sehingga dihujung helaan nafasku YARABBUL ALAMIN.


Setelah selesai sahaja menunaikan solat sunat,
Diriku menjadi sebak dan tak mampu mengungkap lagi perkataan selain ALLAHUAKBAR
Antara 4 rukun diri yang perlu dalam diri seseorang itu adalah
-kurangkan makan/minum
-kurangkankan tidur
-kurangkan bercakap
-kurangkan keluar.

Inilah antara perkara yang pernah dipesan oleh sahabat ana yang belajar dari gurunya. Bagaimana boleh terdetik dihatiku pun tidak diketahui,

Alangkah bahagianya mereka yang tidak dapat mendengar, kerana ibadah yang dilakukan pasti tidak akan dipengaruhi oleh persekitaran yang menghilangkan tumpuan hati dan pemikiran kepada Pencipta Yang Agung. Bayangkan, bagaimana kita nak lakukan solat atau berdoa juga ibadah lain jika seringkali ditengah-tengah keriuhan suara sekeliling seperti televisyen, radio dan lain-lain.. mampukah kita yang lemah ini untuk menahan perkara ini? terjaga dari itu, diri ini bangkit..lantas bersyukur kerana masih mampu diizinkanNYA untuk mendengar bacaan AL-QURAAN, Laungan AZAN, Ceramah dan Nasihat baik dari Ceramah Agama dan Mereka yang dekat kepadaNYA.

Bahagianya mereka yang tidak dapat melihat, mereka selamat dari dosa dan melihat kepada perkara yang dilarangNYA. SubhanaALLAH.. indahkan, mata pun dapat jaga daripada menghampiri kepada zina hati dan fikiran. Namun bagi yang diberi peluang untuk melihat, ALHAMDULILLAH, kita masih mampu melihat ayat Al-Quraan, melihat keindahan ciptaanNYA dalam alam semesta ini, mata juga membuatkan kita membezakan sesuatu perkara, menangis mengenangkan dosa yang lalu.

Bertuahnya jika mereka yang tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki (kaku anggota) kerana pastinya diri mereka jauh dari mendekati perkara-perkara yang di‘HARAM’kan-Nya. Tangan mereka mampu mengawal dari memperoleh riba, rasuah, benda haram, memakan sesuatu yang tidak halal dan menulis atau membuat perkara terkutuk. Manakala, kaki mereka yang kaku dan bagi yang tidak ada, sudah tentu jauh sekali untuk mereka mendekati perkara-perkara yang ditegah olehNYA seperti ke tempat-tempat yang dilarangnya, menjauhkan diri mereka dari memandang rendah kepada orang lain dan apa yang tak dapat dikatakan, mereka lebih berpeluang untuk sentiasa mengadu dan merintih kehidupan mereka kepada RAABnya. YaALLAH..tapi bagi yang diberi kelebihan yang lebih, untuk dimanfaatkan bersama, lebih lagi kelebihannya kan sahabat., tangan masih mampu melakukan kebaikan membantu orang lain, melakukan pekerjaan dengan sempurna, segala-galanya yang dilakukan memerlukan anggota ini untuk menggerakkan, makan, minum yang halal, menulis perkara yang baik, membelai dan menenteramkan hati mereka yang dalam kesedihan, tangan ini juga mampu untuk memberi segala kemuliaan selagi mana ia pandai menggunakannya. SubhanaALLAH.. sebaliknya kaki, mampu untuk melangkah ke majlis ilmu, ke masjid untuk menunaikan solat dan aktiviti secara berjemaah.. YaALLAH Maha Agung RABB, memberi peluang bagi diri mencari rezeki menepati kehendak dan syariatNYA. Kaki ini juga lah yang memberi kekuatan bagi kita hambanya untuk terus berdiri dan menghadapNYA dengan penuh ketundukan.

Alangkah Selamatnya diri mereka yang tidak dapat bercakap, pastinya jauh sekali dari menuturkan kata-kata dan perkataan yang tidak baik yang mungkin menyinggung perasaan mereka disekeliling, tidak mudah sesekali untuk melafazkan sesuatu yang dilarang dan dibenciNYA kan.. ‘Berdiam Lebih Baik Daripada berkata-kata banyak, jika tiada perkara yang baik untuk diperkatakan maka berdiamlah kamu, jika suatu yang baik untuk kamu berikan, maka bicaralah ianya dengan manis dan indah, itu sebaik-baiknya.’ Riwayat Hadith: “Banyak bercakap, banyak mengundang kesalahan, apabila banyak mengundang kesalahan, maka banyak jugalah dosanya, maka tempat yang paling sesuai bagi yang banyak dosa ialah neraka”. ALHAMDULILLAH, kerana Tuhan masih memberi kesempatan buat diri ini untuk memberi dan menerima nasihat, mengeluarkan kata-kata yang baik, meminta perkara yang baik, menyatakan sesuatu yang diperlukan sangat dari mereka sekelilingku, kata-kata motivasi yang membangunkan diri agar lebih bersemangat serta mengadu kepadaNYA. Ini Yang Lebih Bernilai, mampu mengeluarkan segala isi hati melalui rintahan kepadaNYA.

ALLAHUAKBAR..Paling Bermakna dan tidak mampu untuk menandingiNYA, dikurniakan akal fikiran yang masih waras dan mampu membezakan kabaikan dan keburukan yang ada disekitar, masih mampu untuk diri ini mengenal Pencipta dengan Lebih. ALHAMDULILLAH. Kasihan kepada saudara yang dibiarkan begitu sahaja, ada yang tak sedar apa yang dilakukan, sering terjumpa mereka ini sewaktu berhadapan dengan dunia luar, sedih melihat mereka. sahabat.. bagaimana kalau kita dalam keadaan begitu? Dimanakah harga diri dan kita dengan Pencipta.

Lihatlah sahabat..
INILAH Tanda Kekuasaan ALLAH S.W.T. kepada HambaNYA dan seluruh isi alam. SUBAHANALLAH WALLAHUAKBAR

Bagaimana kita nak balas semua ini antum yang dikasihi sekelian?
Dengan bayaran atau hadiah apakah kita nak berikan kepada yang MENGANUGERAHKANNYA?

Mampukah diri untuk mendapat tempat yang terbaik disisiNYA?
Hanya KEYAKINAN, IMAN dan TAQWA yang ada dalam diri sahaja Mampu memberikan yang terbaik buat diri dan Mengabdikan diri kepadaNYA. Itulah Hadiah Paling Bermakna kepada PENCIPTA Yang Menciptakan SegalaNya buat dirimu sahabat yang disayangi.


Rupanya, hikmah disebalik kejadian juga apa yang diciptakanNYA tidaklah sia-sia dan setiap perancangan yang diadakan & dijalankan Allah adalah yang terbaik buat hamba-hambaNYA. BERSYUKURLAH sahabatku diatas segala pemberianNYA. Sesungguhnya segala pemberianNYA ada hikmah dan yang terbaik buat Makhluknya.
Sebagai manusia dan hambaNYA yang dikurniakan segala macam nikmat, sama-sama lah kita, panjatkan kesyukuran kita dengan melaksanakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segalaNYA.

Wallahua’lam

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..tulisan yg baik dan penuh pengajaran..

    Cuma warna font masih kurang sesuai..jika dtukar hitam atau putih mungkin presentationnya lebih baik.
    Apapun, teruskan usahamu..Allah itu lebih tahu.:)

    BalasPadam
  2. To:Ana Dina
    Bismillah
    Salam Alaiyk

    Ukhti, Syukran ya sudi memberi ulasan:) InsyaAllah.. sama-sama ambil manfaat dalam kisah ini. Ana tukar size font, mungkin lebih jelas.

    Jazakillah.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails