.....

10 Jun 2010

Home » » Ikhlas Menyucikan HATI

Ikhlas Menyucikan HATI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




IKHLAS ialah menetapkan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT secara murni. Ada pula yang berpendapat, bahawa ikhlas adalah mengarahkan setiap tujuan semata hanya kepada Allah SWT.



Ikhlas merupakan syarat diterimanya suatu amal soleh yang sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman: "Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.." (Al-Bayyinah: Ayat 5)



Dari Umamah r.a. mengatakan, bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Apakah pendapat baginda tentang seseorang yang berperang dengan tujuan mencari pahala dan populariti diri, kelak apa yang akan diperolehi?" Rasulullah SAW menjawab: 'Ia tidak memperolehi apa-apa!" orang itu mengulangi pertanyaan tersebut sampai tiga kali, tetapi Rasulullah tetap menjawabnya: "Ia tidak menerima apa-apa!" Kemudian baginda bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal perbuatan, kecuali yang murni dan hanya mengharap redhaNya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa'i)



Dari Abu Said al-Khudry r.a. dari Nabi SAW bersabda ketika menunaikan haji wada': "Semoga Allah menjadikan baik, orang yang menengar ucapanku lalu memahaminya, sebab ramai orang yang menyampaikan ilmu (memahami agama), tetapi ia bukan seorang yang faqih (memahami hakikatnya).




Tiga perkara yang menjadikan hati seorang mukmin tidak akan menjadi pengkhianat;-
i) Ikhlas beramal kerana Allah
ii) Memberi nasihat yang baik kepada para pemimpin kaum muslim
iii) Senantiasa teguh terhadap jemaah." (Hadith Riwayat Al-Bazzar dengan isnad hasan, Hadith Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya).



Dengan berpegang teguh pada 3 perkara ini, menjadikan hati lebih aman dan soleh. Barangsiapa menjadikan perkara itu sebagai perilakunya, maka sucilah hati dan jiwanya serta jauhi dari sifat khianat, dengki dan zalim. Seseorang tidak akan terlepas dan selamat dari syaitan, kecuali dengan berlaku ikhlas dalam segala perkara. Iblis sendiri telah mengatakan semoga laknat Allah atasnya sebagaimana yang tercantum dalam Al-Quraan: "Iblis berkata: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis diantara mereka." (Shaad: Ayat82-3)





Setiap bahagian dari perkara duniawi yang sudah mencemari amal kebaikan, sedikit atau banyak, apabila hati kita bergantung dan condong padanya, maka kemurnian amal itu ternoda dan hilanglah keikhlasannya.



Pada umumnya manusia selalu terpaku dengan perkara-perkara yang bersifat kebendaan (material) di dunia yang fana ini. Sebagaimana dikatakan oleh seorang yang soleh: "Barangsiapa melakukan satu minit saja dari umurnya untuk berbuat ikhlas hanya kepada Allah, maka selamatlah ia." Dikatakan demikian, kerana berbuat ikhlas memang berat dan sukar bagi kita untuk membersihkan hati dari yang mengotori kemurniannya. Oleh sebab itu, ikhlas adalah menyucikan hati dari segala kekotoran, dan tidak boleh tertinggal sedikit pun, sehingga yang ada dlam hati hanyalah tujuan taqarrub kepada Allah SWT.



Amalan ibadat yang ikhlas, tidak mungkin terlintas dalam angan-angan dan benak seseorang, kecuali bagi yang mencintai Allah (mahabbatullah) dan tujuannya hanya untuk kebahagiaan akhirat. Tidak ada ruang di dalam batinnya sedikit pun rasa cinta pada dunia (hubbuddunya). Orang yang seperti ini apabila ia makan, minum atau bahkan bang hajat sekalipun, maka perbuatannya itu atas dasar ikhlas dan kerana Allah semata. Adapun orang yang tidak memiliki sifat-sifat seperti itu, maka tertutup baginya pintu menuju ikhlas.



Orang yang nafsunya dapat dikalahkan oleh mahabbatullah dan kecintaannya untuk 'memetik' buah hasilnya di akhirat, maka setiap perbuatan yang merupakan kebiasaan (seperti makan,minum, tidur), akan mengambil sifat tujuan utama hidupnya. kerana itu, perbuatannya bernilai ikhlas. Sebaliknya orang yang jiwanya dapat dikalahkan oleh perkara duniawi, mencari kedudukan dan populariti, maka yang demikian itu kerana nafsunya tewas oleh tujuan selain kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, setiap tindakan dan perilakunya mengarah pada sifat tersebut, sehingga tidak akan murni ibadat yang ia lakukan seperti solat atau puasa dan yang lainnya.



Dengan ikhlas, maka akan dapat mencabut dorongan yang dikendalikan hawa nafsu. Menghilangkan nafsu serakah terhadap dunia dan dapat meluruskan tujuan perjalanan hidup hanya untuk akhirat. Dengan demikian, hawa nafsu dapat dikendali dan menjadikan ikhlas sebagai penguasa hati. Maka setiap kali kita melangkah kehendaknya bermula dari rasa ikhlas semata kerana Allah SWT. Betapa banyak amal perbuatan dimana orang berat melakukannya, sekalipun ia percaya bahawa amalannya itu ikhlas kerana Allah. Orang seperti ini pada dasarnya tertipu oleh perasaannya sendiri, disebabkan iatidak mengetahui sumber utama penyakit yang dapat menghancurkan setiap amal perbuatannya.



Diceritakan, ada seorang ulama salaf yang selalu solat di saf terdepan. Suatu hari ia datang terlambat, maka ia pun terpaksa solat di saf kedua. Di dalam hatinya tersimpan rasa malu kepada para jemaah lain. Maka pada saat itulah ia menyedari bahawa sebenarnya kesenangan dan ketenangan hatinya ketika solat di saf terdepan, pada hari-hari sebelumnya, adalah kerana ingin dilihat oleh orang lain.



Masalah ikhlas memang sukar sehingga sedikit sekali perbuatan yang boleh dikatakan murni ikhlas kerana Allah, dan sedikit pula orang yang berminat terhadapnya, kecuali mereka yang mendapat taufik (pertolongan, kemudahan) dari Allah SWT. Adapun orang yang lalai akan masalah ikhlas ini, ia senantiasa melihat pada nilai kebaikan yang pernah ia lakukan. Padahal dihari kiamat kelak perbuatannya itu justeru menjadi keburukan. Itulah orang yang dimaksud oleh Allah dalam firmanNya: "... Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan jelaslah bagi mereka keburukan apa yang pernah mereka perbuat..."(Az-Zumar: Ayat 47 - Ayat48)



FirmanNya lagi: "Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugikan perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."(Al-Kahfi: Ayat 103-104)



Telah berkata Ya'kub: "Orang ikhlas adalah orang yang dapat merahsiakan kebaikannya, sebagaimana ia merahsiakan keburukannya."



As-Suusy berkata: "Ikhlas ialah hilangnya 'ikhlas' itu sendiri dari pandangan. Orang yang dapat menyaksikan dalam perbuatannya (yang didasari keikhlasan itu) sebagai suatu keikhlasan, maka sesungguhnya perbuatannya itu masih memerlukan rasa ikhlas."



Pendapat yang lain: "Berbuat ikhlas sesaat bererti keselamatan seabad, akan tetapi ikhlas itu berat."



Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pernah ditanya suatu perkara kepada Suhail: "Apakah yang paling berat bagi nafsu manusia?" Ia menjawab: "Ikhlas, sebab memang nafsu tidak pernah memiliki sebahagian dari ikhlas."



Al-Fadhail berkata: "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak, dan beramal kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas ialah apabila Allah menyelamatkan kamu dari keduanya."


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails