.....

26 Jun 2010

Home » » Mengatasi Sikap Dalam Diri Sendiri

Mengatasi Sikap Dalam Diri Sendiri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mahabbah pembaca sekelian.




Daripada perbincangan, kajian dan luahan hati yang sering sinar lihat dalam mana-mana forum, melalui perbicaraan insan yang hampir dengan sinar, ada yang mudah terguris, ada yang mudah menerima..ada juga yang tidak rasa apa-apa atas pandangan dan kelakuan yang diperlihatkan kepada diri mereka.

Ada yang pula membangkitkan mengapa begini dan begitu apabila seorang yang mengalami fasa perubahan mahupun mendapat kebaikan. Hendak atau tidak, dijangka atau prasangka..semua itu sudah menjadi fitrah dunia. Malah kita sendiri perlu mengubah diri kita untuk menerima kehidupan, sesuai dengan kebijaksanaan diri mengawal emosi dan rohani agar tidak lari dari arah yang benar tanpa disedari.

Fitrah manusia tiada yang sempurna. Di antara setiap insan pasti punyai kelebihan dan kekurangan atas diri dan kehidupan mereka. Jadi.. apa yang datang, tempuhilah ianya dengan tenang dan redha.


Sahabat.. mari kita kaji dan cari silap dan kesalahan diri kita sebelum menyelami kekurangan orang lain. Perbaiki untuk meningkatkan kualiti diri. Jauhi daripada menyalahi orang lain, kerana sikap itu hakikatnya atas banyaknya kelemahan diri sendiri. Menutup kesalahan orang lain lebih mulia daripada menyingkap kelemahan & keaiban insan lain.

Mengapa dalam dunia ini perlu ada pro dan kontranya? sama-sama kita fikirkan. Setiap kejadian Allah ada perancanganNya yang kita tidak tahu. Tanpa mereka yang baik tidak akan ada yang boleh menegur..dan tanpa ada mereka yang kurang bermutu, tidak akan ada mereka yang insaf daripadanya &  merendah diri serta muhasabah ke atas apa yang berlaku. Sesiapa juga layak menjadi yang terbaik pekerti luhur mereka. Bersama kita renung. Sungguh menarik  kata-kata ini bila difikirkan..menuju laluan destinasi kehidupan berikutnya.



Pesanan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak sombong & angkuh;

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.


4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam mengetahui.


5. Jika melihat orang jahat, jangan menganggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa akan diampuni Allah SWT.

Jadilah khalifah (pemimpin) buat diri seawalnya, sebelum menjadi pemimpin kepada orang lain. Penelitian atas kekurangan dan kesalahan diri dahulu untuk menjadi yang terbaik. Salah satu cara kita mengembirakan hati kita adalah mengembirakan orang lain, menyenangkan orang lain, menjauhkan penghinaan dan apa jua prasangka. Pasti semuanya atas asas utama kasih sayang, kesantunan dan kesabaran. Hayati..InsyaAllah antum akan merasakan perubahannya. Lakukan dengan ikhlas dan tawadhuk (merendah hati).

_-_-_-_-_- * Wallahua'lam * _-_-_-_-_-

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

0 ♥Ulasan♥:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails