.....

26 Jun 2010

Mengatasi Sikap Dalam Diri Sendiri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mahabbah pembaca sekelian.




Daripada perbincangan, kajian dan luahan hati yang sering sinar lihat dalam mana-mana forum, melalui perbicaraan insan yang hampir dengan sinar, ada yang mudah terguris, ada yang mudah menerima..ada juga yang tidak rasa apa-apa atas pandangan dan kelakuan yang diperlihatkan kepada diri mereka.

Ada yang pula membangkitkan mengapa begini dan begitu apabila seorang yang mengalami fasa perubahan mahupun mendapat kebaikan. Hendak atau tidak, dijangka atau prasangka..semua itu sudah menjadi fitrah dunia. Malah kita sendiri perlu mengubah diri kita untuk menerima kehidupan, sesuai dengan kebijaksanaan diri mengawal emosi dan rohani agar tidak lari dari arah yang benar tanpa disedari.

Fitrah manusia tiada yang sempurna. Di antara setiap insan pasti punyai kelebihan dan kekurangan atas diri dan kehidupan mereka. Jadi.. apa yang datang, tempuhilah ianya dengan tenang dan redha.


Sahabat.. mari kita kaji dan cari silap dan kesalahan diri kita sebelum menyelami kekurangan orang lain. Perbaiki untuk meningkatkan kualiti diri. Jauhi daripada menyalahi orang lain, kerana sikap itu hakikatnya atas banyaknya kelemahan diri sendiri. Menutup kesalahan orang lain lebih mulia daripada menyingkap kelemahan & keaiban insan lain.

Mengapa dalam dunia ini perlu ada pro dan kontranya? sama-sama kita fikirkan. Setiap kejadian Allah ada perancanganNya yang kita tidak tahu. Tanpa mereka yang baik tidak akan ada yang boleh menegur..dan tanpa ada mereka yang kurang bermutu, tidak akan ada mereka yang insaf daripadanya &  merendah diri serta muhasabah ke atas apa yang berlaku. Sesiapa juga layak menjadi yang terbaik pekerti luhur mereka. Bersama kita renung. Sungguh menarik  kata-kata ini bila difikirkan..menuju laluan destinasi kehidupan berikutnya.



Pesanan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak sombong & angkuh;

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia kerana dia sudah lama beribadat.


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.


4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam mengetahui.


5. Jika melihat orang jahat, jangan menganggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa akan diampuni Allah SWT.

Jadilah khalifah (pemimpin) buat diri seawalnya, sebelum menjadi pemimpin kepada orang lain. Penelitian atas kekurangan dan kesalahan diri dahulu untuk menjadi yang terbaik. Salah satu cara kita mengembirakan hati kita adalah mengembirakan orang lain, menyenangkan orang lain, menjauhkan penghinaan dan apa jua prasangka. Pasti semuanya atas asas utama kasih sayang, kesantunan dan kesabaran. Hayati..InsyaAllah antum akan merasakan perubahannya. Lakukan dengan ikhlas dan tawadhuk (merendah hati).

_-_-_-_-_- * Wallahua'lam * _-_-_-_-_-

"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

25 Jun 2010

Perkahwinan Bermasalah, Bagaimana Mengatasinya?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Mawaddah buat pembaca budiman dan dihormati sekalian.

Dalam kehidupan.. sebagai insan di dunia ini sudah pasti setiap di antara kita berkeinginan untuk berpasangan, merancang mendirikan rumah tangga dan mengatur perjalanan hidup agar terjaga mengikut batas yang ditetapkan Islam. Lebih indah kehidupan dijalankan mengikut amalan sunnah Baginda Muhammad SAW serta mendapat barakahNya. Cita-cita dan matlamat seluruh umat Rasulullah untuk berada dikalangan mereka yang terpelihara nafsu dan menjaga iman. Alhamdulillah.. inilah yang menjadi tujuan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi Allah.


Suami dan isteri, antara pasangan yang saling mendambakan kehidupan yang harmoni dan bahagia di dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua pihak mempunyai tanggungjawab. Suami dengan tugas dan haknya manakala isteri pula dengan peranan dan ketaatannya berasaskan kehidupan menuju destinasi mardhatillah.


Ramai dikalangan mereka yang sudah berkahwin kita lihat pada hari ini, mudah melafazkan talak, cerai..dalam pelbagai keadaan & kemudahan. Penuh dengan emosi tanpa kawalan dan langkah terbaik diambil. Apakah ini yang dirancang dan dikehendaki oleh pasangan sewaktu mula-mula berkenalan dan mencipta ikatan manis dahulu, adakah sekadar melalui kata-kata dan perasaan???



Apabila dikatakan ada konflik atau apa juga permasalahan..maka seharusnya perlu ada pendekatan bijak yang sesuai ditangani dengan berhikmah. Mengikut kreativiti dan diri pasangan. Kesabaran, kesefahaman, perbincangan sangat perlu. Ketika inilah apabila kemarahan datang, kecurigaan melanda dalam diri, salah seorang harus mengambil inisiatif berusaha mencapai persepsi dan emosi yang positif. Tindakan mampu dikawal sekiranya pasangan mempunyai kesungguhan mempertahankan hubungan daripada berakhir ditengah jalan mengikut ikutan dan trend jahiliyyah masa kini. Ilmu perlu disertai amal, begitu juga.. Islam dalam kehidupan perlu dijadikan pegangan utama. Paksikan arah hidup berlandaskan panduan yang telah diajarkan. Maka InsyaAllah...akan selamatlah dari pelbagai dugaan yang mendatang.


Bagaimana pula pandangan kita sekiranya perkara perselisihan ini berlaku didalam rumah tangga. Apakah pasangan sudah mampu untuk mengharungi mehnah kehidupan yang bakal diuji?? Islam itu indah lagi mudah... apakah kita sudah mula ubah prinsip diri kita? sifat-sifat pemarah, egois, cemburu (berlebihan dan lain-lain. Tidak lain juga elakkan dari budaya mempengaruhi dengan mengata, mengeji, mengumpat, menjadi adu-domba kepada mereka yang dirundung permasalah ini. Sebaliknya, sama-sama membantu dalam menyelsaikan keadaan mereka.


Sedemikian hal ini, kita perlu bersedia dan menerima segala ujian dan cabaran dengan tenang dan tabah. Mohon bantuanNya agat hati dan Iman kita sentiasa dibawah perlindunganNya dan mendapat petunjuk yang benar.


Sahabat pembaca yang dikasihi Allah sekalian.., mari kita lihat tips bagi menghindari perselisihan rumah tangga. Perselisihan dalam rumah tangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan sikap baik seperti berikut;


Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
(Ingat itu pengaruh iblis laknatullah dalam melihat kehancuran ikatan murni yang dibina)

 Tidak mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain.
(Bawa bertenang, istighfar segera)

Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
(Tidak rugi lagi meninggikan)

Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
(Gunakan cara terbaik menarik dan memujuk pasangan. Ikhlaskan hati)

 Tidak mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu.
(Elakkan sama sekali perkara ini. Setiap orang tidak suka kesalah diungkit dan diceritakan kembali. Apa yang dah berlalu, biarkan ianya..ambil ikhtibar agar tidak berulang kemudian hari)

Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada untuk tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
(Terutama bagi yang berkerja, jarang berada dirumah melayan suami dan anak-anak)

Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan.
(Sebaiknya, berinterasi berhadapan dengan kata-kata baik dan cara yang baik. Tak perlu beremosi atau memendam. Bincang cara baik)

Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari. (Ikut cara pasangan)

Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
(Inilah sebaik-baiknya. Makin tinggi nilai peribadi insan itu jika suka mohon kemaafan atas kekhilafan).

Tidak lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah paling banyak berbicara. (Oleh itu seorang mesti berdiam dan mendengar. Jika banyak berkata..maka timbul lagi rasa tidak puas hati & marak lagi apinya.. jadi air seketika..untuk tenang, Banyak bicara ----> datang banyak silap ---> + dosa ___ akhirnya = neraka tempatnya. Elakkan ye)

Membimbing anak. Seorang suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab seperti:

Memberikan nama yang baik anaknya
-   Memberi nafkah (zahir & batin; bagi isteri & anak)
Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya. (pendidikan agama bukan    sekadar hantar ke sekolah sahaja.. malah perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian)

Bersama kita mengambil panduan & mafaat ini samada yang bakal berkahwin @ sudah berkahwin.

*********************


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

24 Jun 2010

Ada Apa Di Spa @ Salon Kecantikan???

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dibawah rahmat & kasih sayang Rabbul Alamin..


Dewasa kini, teknologi semakin canggih, dunia kian maju... tidak ketinggalan juga kepada perubahan yang terjadi kepada diri setiap individu. Masing-masing inginkan kemewahan, kecantikan dan kesempurnaan.

Golongan wanita umumnya, sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan bergaya. Ada yang sanggup membelanjakan wang dan kelebihan hidup dengan tujuan menambahkan kecantikan & keserian diri mereka.


Cantik tidak salah..malah keinginan & keperluan perlu dijaga. Antara salah satunya..kebersihan diri & persekitaran. Dengan inisiatif ini, ramai dikalangan wanita sanggup ke spa dan salon kecantikan untuk mengubah segala kekurangan yang ada pada diri mereka ke arah yang lebih baik lagi.

Persoalannya... apakah cara dan situasi yang dilakukan itu menepati kehendak syariat Islam. Perkara ini perlu dipandang serius. Tidak sekali dipandang mudah dan bersahaja..kerana harus diingati setiap yang dikerjakan akan dipersoalkan dan dibentangkan menuju destinasi yang pasti.

Mari sahabat sekalian, kita selidiki apa yang ada di spa @ salon kecantikan???

MASUK PEMANDIAN AWAM

Maksud pemandian awam : tempat mandi untuk awam, apa yang dinamakan orang sekarang salon kecantikan, pantai dan lain-lain.

Padahal Nabi Muhammad SAW telah melarang kaum wanita melepaskan baju mereka diluar rumah (selain rumahnya). Berkenaan dengan itu, ummul-mukminin Aisyah ra. dengan mengambil dalil dari larangan tersebut menyimpulkan bahawa hukumnya makruh apabila wanita masuk ke pemandian-pemandian itu.

Abil Mulih bin Usamah berkata;
" Para wanita dari penduduk Syam datang ke rumah Aisyah ra, lalu ia bertanya kepada mereka, 'Dari mana kalian?' ' Dari Syam,' jawab mereka. Aisyah bertanya lagi, 'Mungkin kalian datang dari daerah 'al-kurah' yang para wanitanya suka masuk ke pemandian-pemandian awam?' 'Benar,' jawab mereka. Aisyah meneruskan ucapannya, 'Saya mendengar Rasululllah SAW bersabda, "Tidaklah seorang wanita melepas bajunya di tempat yang bukan rumahnya, kecuali ia telah membuka dan menarik tabir antara dirinya dengan Allah Taala."(Hadith shahih diriwayatkan oleh Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah).

Pada umumnya para pemilik pemandian itu tidak memperhatikan masalah kehormatan dari aurat tubuh wanita. Bahkan mereka digolongkan orang-orang maksiat, memperturutkan hawa nafsu dan bertujuan keji.

Maka tak dapat dihindari lagi, wahai para muslimah, apa yang bakal terjadi ditempat-tempat maksiat tersebut. Wanita membuka auratnya dan antara satu dengan yang lain saling memandang auratnya. Bahkan masalahnya tidak itu saja, para pemilik pemandian itu menggunakan kesempatan untuk menonton tubuh-tubuh yang tidak berpakaian (telanjang) tersebut. Na'udzu billahi min dzalik.

Yang lebih menyedikan lagi, ada sebahagian wanita yang hilang kehormatannya dan rasa malunya dengan meminta para lelaki untuk memicit tubuhnya dirumah-rumah urut. Semua itu tiada lain adalah pintu-pintu zina yang berselindung di sebalik kemajuan.

Maka bagi para muslimah, jauhilah tempat-tempat maksiat itu, yang didalamnya ada pendedahan aurat dan meremehkan kehormatan wanita. Bahkan anda, wahai para muslimah, seharusnya memperingatkan para wanita yang biasa datang ke tempat-tempat tersebut agar meninggalkannya, kerana perbuatan itu termasuk ajaran amar ma'ruf nahi mungkar.

**********   Wallahua'lam   **********


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

22 Jun 2010

Memori Seorang Insan..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Memori silam mencipta kenangan,
Memberi ruang menimba pengalaman,
Berat musibah datang menelan,
Redha tempuhi segala ujian.

Fitrah dunia cantik diutamakan,
Kekurangan ditafsir suatu penghinaan,
Elakkan mengharap segala pujian,
Terima hikmah kehebatan Tuhan.

Perjanjian termeterai satu ikatan,
Kasih & sayang dambaan insan,
Cinta bernilai anugerah Tuhan,
Usah permain juga disiakan.




Akhlak dan budi dijaga rapi,
Iman & Taqwa mantap dihati,
Keutamaan ikhlas dalam memberi,
Mohon barakahNya disana nanti.

Hidup ini taburkan budi,
Bekalan diri menuju Ilahi,
Akhlak mulia hiasan peribadi,
Sanjungan alam hingga ke mati

Bicara baik buat motivasi,
Hanya kerana Rabbul Izzati,
Memandu diri meluaskan pekerti,
Segalannya atas izinMU Ya Rabbi..



"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

10 Jun 2010

Ikhlas Menyucikan HATI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




IKHLAS ialah menetapkan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT secara murni. Ada pula yang berpendapat, bahawa ikhlas adalah mengarahkan setiap tujuan semata hanya kepada Allah SWT.



Ikhlas merupakan syarat diterimanya suatu amal soleh yang sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman: "Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.." (Al-Bayyinah: Ayat 5)



Dari Umamah r.a. mengatakan, bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Apakah pendapat baginda tentang seseorang yang berperang dengan tujuan mencari pahala dan populariti diri, kelak apa yang akan diperolehi?" Rasulullah SAW menjawab: 'Ia tidak memperolehi apa-apa!" orang itu mengulangi pertanyaan tersebut sampai tiga kali, tetapi Rasulullah tetap menjawabnya: "Ia tidak menerima apa-apa!" Kemudian baginda bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal perbuatan, kecuali yang murni dan hanya mengharap redhaNya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa'i)



Dari Abu Said al-Khudry r.a. dari Nabi SAW bersabda ketika menunaikan haji wada': "Semoga Allah menjadikan baik, orang yang menengar ucapanku lalu memahaminya, sebab ramai orang yang menyampaikan ilmu (memahami agama), tetapi ia bukan seorang yang faqih (memahami hakikatnya).




Tiga perkara yang menjadikan hati seorang mukmin tidak akan menjadi pengkhianat;-
i) Ikhlas beramal kerana Allah
ii) Memberi nasihat yang baik kepada para pemimpin kaum muslim
iii) Senantiasa teguh terhadap jemaah." (Hadith Riwayat Al-Bazzar dengan isnad hasan, Hadith Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya).



Dengan berpegang teguh pada 3 perkara ini, menjadikan hati lebih aman dan soleh. Barangsiapa menjadikan perkara itu sebagai perilakunya, maka sucilah hati dan jiwanya serta jauhi dari sifat khianat, dengki dan zalim. Seseorang tidak akan terlepas dan selamat dari syaitan, kecuali dengan berlaku ikhlas dalam segala perkara. Iblis sendiri telah mengatakan semoga laknat Allah atasnya sebagaimana yang tercantum dalam Al-Quraan: "Iblis berkata: "Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis diantara mereka." (Shaad: Ayat82-3)





Setiap bahagian dari perkara duniawi yang sudah mencemari amal kebaikan, sedikit atau banyak, apabila hati kita bergantung dan condong padanya, maka kemurnian amal itu ternoda dan hilanglah keikhlasannya.



Pada umumnya manusia selalu terpaku dengan perkara-perkara yang bersifat kebendaan (material) di dunia yang fana ini. Sebagaimana dikatakan oleh seorang yang soleh: "Barangsiapa melakukan satu minit saja dari umurnya untuk berbuat ikhlas hanya kepada Allah, maka selamatlah ia." Dikatakan demikian, kerana berbuat ikhlas memang berat dan sukar bagi kita untuk membersihkan hati dari yang mengotori kemurniannya. Oleh sebab itu, ikhlas adalah menyucikan hati dari segala kekotoran, dan tidak boleh tertinggal sedikit pun, sehingga yang ada dlam hati hanyalah tujuan taqarrub kepada Allah SWT.



Amalan ibadat yang ikhlas, tidak mungkin terlintas dalam angan-angan dan benak seseorang, kecuali bagi yang mencintai Allah (mahabbatullah) dan tujuannya hanya untuk kebahagiaan akhirat. Tidak ada ruang di dalam batinnya sedikit pun rasa cinta pada dunia (hubbuddunya). Orang yang seperti ini apabila ia makan, minum atau bahkan bang hajat sekalipun, maka perbuatannya itu atas dasar ikhlas dan kerana Allah semata. Adapun orang yang tidak memiliki sifat-sifat seperti itu, maka tertutup baginya pintu menuju ikhlas.



Orang yang nafsunya dapat dikalahkan oleh mahabbatullah dan kecintaannya untuk 'memetik' buah hasilnya di akhirat, maka setiap perbuatan yang merupakan kebiasaan (seperti makan,minum, tidur), akan mengambil sifat tujuan utama hidupnya. kerana itu, perbuatannya bernilai ikhlas. Sebaliknya orang yang jiwanya dapat dikalahkan oleh perkara duniawi, mencari kedudukan dan populariti, maka yang demikian itu kerana nafsunya tewas oleh tujuan selain kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, setiap tindakan dan perilakunya mengarah pada sifat tersebut, sehingga tidak akan murni ibadat yang ia lakukan seperti solat atau puasa dan yang lainnya.



Dengan ikhlas, maka akan dapat mencabut dorongan yang dikendalikan hawa nafsu. Menghilangkan nafsu serakah terhadap dunia dan dapat meluruskan tujuan perjalanan hidup hanya untuk akhirat. Dengan demikian, hawa nafsu dapat dikendali dan menjadikan ikhlas sebagai penguasa hati. Maka setiap kali kita melangkah kehendaknya bermula dari rasa ikhlas semata kerana Allah SWT. Betapa banyak amal perbuatan dimana orang berat melakukannya, sekalipun ia percaya bahawa amalannya itu ikhlas kerana Allah. Orang seperti ini pada dasarnya tertipu oleh perasaannya sendiri, disebabkan iatidak mengetahui sumber utama penyakit yang dapat menghancurkan setiap amal perbuatannya.



Diceritakan, ada seorang ulama salaf yang selalu solat di saf terdepan. Suatu hari ia datang terlambat, maka ia pun terpaksa solat di saf kedua. Di dalam hatinya tersimpan rasa malu kepada para jemaah lain. Maka pada saat itulah ia menyedari bahawa sebenarnya kesenangan dan ketenangan hatinya ketika solat di saf terdepan, pada hari-hari sebelumnya, adalah kerana ingin dilihat oleh orang lain.



Masalah ikhlas memang sukar sehingga sedikit sekali perbuatan yang boleh dikatakan murni ikhlas kerana Allah, dan sedikit pula orang yang berminat terhadapnya, kecuali mereka yang mendapat taufik (pertolongan, kemudahan) dari Allah SWT. Adapun orang yang lalai akan masalah ikhlas ini, ia senantiasa melihat pada nilai kebaikan yang pernah ia lakukan. Padahal dihari kiamat kelak perbuatannya itu justeru menjadi keburukan. Itulah orang yang dimaksud oleh Allah dalam firmanNya: "... Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan jelaslah bagi mereka keburukan apa yang pernah mereka perbuat..."(Az-Zumar: Ayat 47 - Ayat48)



FirmanNya lagi: "Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugikan perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."(Al-Kahfi: Ayat 103-104)



Telah berkata Ya'kub: "Orang ikhlas adalah orang yang dapat merahsiakan kebaikannya, sebagaimana ia merahsiakan keburukannya."



As-Suusy berkata: "Ikhlas ialah hilangnya 'ikhlas' itu sendiri dari pandangan. Orang yang dapat menyaksikan dalam perbuatannya (yang didasari keikhlasan itu) sebagai suatu keikhlasan, maka sesungguhnya perbuatannya itu masih memerlukan rasa ikhlas."



Pendapat yang lain: "Berbuat ikhlas sesaat bererti keselamatan seabad, akan tetapi ikhlas itu berat."



Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pernah ditanya suatu perkara kepada Suhail: "Apakah yang paling berat bagi nafsu manusia?" Ia menjawab: "Ikhlas, sebab memang nafsu tidak pernah memiliki sebahagian dari ikhlas."



Al-Fadhail berkata: "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak, dan beramal kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas ialah apabila Allah menyelamatkan kamu dari keduanya."


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....

01 Jun 2010

Kilauan Mutiara ILahi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ya ALLAH...apakah ini ujian yang engkau jadikan buat kami dan mereka umat Islam.. Kekejeman & penghinaan meragut rasa simpati & belas ihsan manusia yang tiada perasaan.. keganasan yang kian merakus anak-anak kecil, remaja-remaja diperlakukan dengan zalim, merejam ibu yang sedang hamil, menakutkan & menyeksa warga tua yang keuzuran. Dimanakah letak hati mereka..!

Ya Rabb... Kepiluan & kesedihan datang bertindan melukai kalbuku,menangisi & menjerit melihat tindakan keatas saudara seislamku..dimanakah pengkahiran bakal mereka raih.....


Ya Rahman.... sukar ditafsir & digambarkan oleh fikiranku.. apakah dimasa akan datang negara yang aku duduki akan selamat dari jajahan makhluk zionis... tidak mungkin untuk mereka mengancam umat Islam selagi kuasa ditangan mereka tidak digunakan untuk menghancurkan Islam.. Sesungguhnya Hanya Engkau Ya ALLAH..Maha Berkuasa dari segalanya.


Ya Wadud..... tidak mampu aku melihat keperitan & kesengsaraan saudaraku.. bayi kecil dibunuh tanpa belas ihsan.. ibubapa mereka diseret & dikerjakan dengan dasyat tanpa ada sifat kemanusiaan.. apakah dosa yang meraka lakukan.. ataukah ini ganjaran buat mereka didunia ini dalam mendapat mardhatillahMU..

Sungguh Engkau Maha Agung Ya Ba'is.... Pelihara & selamatkanlah saudaraku disana.. tempatkanlah mereka yang telah gugur mempertahankan agamaMu ditempat orang-orang yang syahid dijalanMU. Berikanlah kekuatan hati & Iman buat mereka untuk terus berjuang memartabatkan Islam didunia... berikanlah haruman syurga buat mereka yang mengorbankan jiwa & seluruh kehidupan mereka dijalanMu.

 Tidak berdaya hambaMu untuk melihat & membiarkan Kafir Laknatullah mencarik kehormatan Islam & umat Nabi tanpa rasa MALU. Seringkali menghunuskan senjata serta melepaskan kekuasaan dengan tragis. Sungguh Ya ALLAH...sakit, pilu, sebak...melihat perbuatan kebiadaban mereka.

Ya Haq..Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik tempat berharap & bermohon..berilah kesejahteraan & keselamatan pembelaan buat diri mereka. HANCURKANLAH kafir Laknatullah itu..

Ku tahu bahawa semua ini adalah dalam perancanganMu Ya Rabbul Izzati...tiada tandingan & bandingan untuk mana-mana makhluk melawan kekuasaanMu. Sesungguhnya benar..Engkau menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia dan segala yang terjadi PASTI ada hikmah, balasan & peringatan buat hamba-hambaMu yang berfikir disebalik Kilauan MutiaraMU YaILahi..



disini..ditempatku...manusia bebas memperluaskan hiburan, menjamah kelazatan makanan, bergelak-tawa dengan kehidupan fana'...masihkah tidak menyedari bahawa saudara kita didalam penderitaan?? mengapa masih lalai & tidak ada penghijrahan dari tauladan yang dibentangkan dihadapan kita akan kekusutan & kesungguhan yang menerjah saudara kita demi mempertahankan kehormatan Islam. Sedarlah kita wahai insan yang budiman.., diberi zat yang sempurna.. mempertahankan islam memerlukan pengorbanan yang lahir dari lubuk hati yang bersih & terjaga. Peliharalah & letakkan ianya ditempat utama dalam menuju destinasi yang abadi.


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Baca Selengkapnya....
Related Posts with Thumbnails