بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sesungguhnya di dalam dirimu ada dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu santun dan sabar. (H.R.Muslim)
sesuatu yang dilihat cantik atau indah daripada segi luaran dan bukanlah dalaman, berbeza dengan orang wanita yang lebih melihat kepada dalaman daripada luaran. Antara buktinya, lihatlah kebanyakan wanita hari ini. Kebanyakan mereka bertemankan seorang lelaki yang kurang kacak atau bahasa sopan dan berterus terangnya; Kenapa hal ini berlaku?. Adakah buta wanita ini?. Jawapannya tidak!. Mereka memilih lelaki itu bukanlah kerana rupa parasnya yang hodoh haha, tetapi mereka tertarik kerana kata-kata si lelaki tersebut yang membuatkan hatinya cair dan sikapnya yang bagi mereka adalah ‘caring’ dan bersikap jujur. (hakikatnya sebab lelaki tu penuh poket!)
www.muawiyah90.blogspot.com
“Perghhh!, cun awek tu”....”baik awek tunye TUT”. Ha..itulah antara kata-kata ''dajjal'' kebanyakan orang lelaki. Tetapi timbul persoalan untuk bagaimana mereka memancing si wanita tersebut. Adakah dengan berjubah dan berserban? (for sure minah tu lari). Adakah dengan membawa tasbih di tangan dengan diiringi mulut yang sentiasa berzikir? (dasar penipu!). Macam-macam lagilah cara-cara dan idea-idea yang cuba dikerahkan oleh sebahagian mereka untuk memancing si wanita.
Antara perkara yang dilihat sebagai ‘remeh’ untuk kebanyakan orang wanita ialah pengucapan seperti “i tak lihat pada rupa u, u buruk ke, u cantik ke, i tak kisah, kerana hatilah yang akan memberikan jawapan yang jujur!”. Adakah anda boleh mempercayai kata-katanya?.
Jawapannya ialah..........................YA!. Memang anda boleh mempercayai kata-katanya, tetapi anda perlu lihat kepada keperibadian dan akhlaknya yang membuatkan anda betul-betul yakin dan percaya dengan kata-katanya. Tetapi kalaulah si lelaki itu seorang yang bertindik, rambut punk, dan berseluar pendek, adakah anda masih boleh mempercayainya?.
Jawapannya ialah..........................TIDAK!. Tak sesuai langsung dengan kata-kata dia. Tetapi untuk kebanyakan wanita mungkin mereka akan mengatakan YA! Sekalipun yang sedang mengayat mereka adalah seorang mamak dan pekerja kilang, kenapa?!. Kerana poket mamak itu penuh dengan wang dan memandu sebuah kenderaan mewah iaitu motor kapcai. (untuk lelaki yang berjiwa agama, tinggalkanlah wanita yang lebih pentingkan harta dari agama.)
Seorang lelaki sekalipun kuat pegangannya pada agama, dia juga tidak akan terlepas daripada melihat atau memilih wanita daripada rupa parasnya. Ini kerana seperti yang diterangkan tadi bahawa sifat atau naluri orang lelaki yang lebih suka melihat luaran daripada dalaman. Tidak menjadi masalah juga sekiranya kita mendengar ada di antara orang lelaki yang mengatakan begini; “Saya lebih utamakan adab, dan pegangan agama oleh wanita tersebut, tetapi saya juga melihat kepada rupa parasnya.” Kalau kita teliti kata-kata ini kita boleh melihat bahawa katanya untuk melihat kepada rupa paras bukanlah bermaksud si awek tu kena cun melecun, tetapi maksud sebenarnya ialah ‘sedap mata memandang’. 'cantik dalaman, cantik luaran.'
Kesimpulan dalam penulisan saya ini ialah, kebanyakan orang wanita pada hari ini sudah banyak dipermainkan oleh kebanyakan orang lelaki, jadi, orang wanita perlu bersikap lebih berhati-hati. Penulisan ini khas kepada wanita yang ikhlas dalam menjaga maruah diri mereka. Kepada wanita yang sosial dan tidak pentingkan agama, saya mendoakan supaya ALLAH membuka pintu hati dan memberi petunjuk kepada anda.
Bagi orang lelaki pula, saya berharap agar kita bersama-sama menjadi pemimpin yang sering di sebut oleh Allah dan Rasulnya di muka bumi ini dan menjadi orang yang disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Teguran dan kritikan ini juga untuk diri saya yang masih banyak lagi belum dan perlu dibaiki. Sama-samalah kita terasa haha.
1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14)terasa benda bergerak dibawah kulit. Ada
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.47) Timbul rasa takut tanpa sebab.48) Sering pengsan tanpa sebab.49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.